FAREHAM, Britain - Seorang budak lelaki, Liam Derbyshire akan berhenti  bernafas setiap kali dia tidur, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai sumpahan Ondine  menyebabkan dia perlu menggunakan mesin sokongan hayat semasa tidur di  rumahnya.
Keluarganya dari Gosport, Hampshire membelanjakan ribuan pound untuk  membayar bil elektrik disebabkan penggunaan mesin berkenaan.
Menurut Dr. Garry Connett yang merawat Liam di Hospital Besar  Southampton: "Ia sesuatu yang amat ganjil. Liam merupakan pesakit  pertama saya kesan menghidap penyakit itu sejak saya bertugas di  hospital ini 12 tahun lalu." 
Liam mempunyai alat penyedut udara berkuasa bateri yang diletakkan di  dalam kereta dan dibawa menaiki pesawat sebagai persediaan jika dia  tertidur. - Agensi
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment