SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat  bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya  terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat  lalu.
Dia bersama seorang ‘tok kadi’, seorang ‘saksi’ dan seorang wanita yang  mendakwa anak kepada ‘tok kadi’ ditangkap dalam satu serbuan oleh  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada  Jumaat lalu
Serbuan yang dilakukan oleh 10 anggota penguat kuasa itu pada hari  ketiga umat Islam berpuasa mengejutkan ‘ahli sindiket’ berkenaan  sehingga ada di antara mereka tergamam dan menuding jari sesama sendiri.
Ketika diserbu, Pak Sheikh pada mulanya cuba ‘bermain wayang’ dengan  menipu penguat kuasa namun dia mula menggigil dan percakapannya menjadi  merapu setelah menyedari perbuatan haramnya terbongkar.Setelah diasak,  barulah Pak Sheikh mengaku akan perbuatannya.
Berikut adalah antara butiran percakapan broker pernikahan haram  berkenaan dengan pegawai penguat kuasa ketika serbuan dilakukan lebih  kurang pukul 3.30 petang iaitu selepas solat Jumaat selesai.
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment