SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam  sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di  simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam.
Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang  dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai  uri.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin  berkata, siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24  jam.
"Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau warga  Indonesia berdasarkan warna kulitnya," katanya yang menyiasat kes  tersebut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan  kelahiran dan membuang bayi.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment