PETALING JAYA - Siasatan berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama  pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, akhirnya selesai apabila polis  mengesahkannya sebagai bunuh dan bunuh diri.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata,  pihaknya tidak akan mendedahkan motif kejadian mahupun siapa yang  dibunuh dan siapa yang membunuh.
"Oleh kerana tiada suspek atau pihak ketiga yang kita cari atau akan  dituduh di mahkamah maka tiada keperluan untuk mengumumkan motif sebenar  kejadian.
"Saya anggap kes ini telah selesai," katanya pada sidang akhbar selepas  merasmikan majlis pelancaran dan sistem antirampasan di sini semalam.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment