30 June 2010

Majalah Heart Talk sumber berguna pesakit jantung

KUCHING: Pelancaran edisi pertama majalah Heart Talk diharap mampu menyediakan maklumat berguna kepada para pesakit jantung khususnya dalam mendapat-kan bantuan menerusi saluran yang betul.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pengeluaran isu pertama majalah tersebut sekali gus dapat mempromosikan Yayasan Jantung Sarawak (SHF).

“Saya rasa apa yang diperlukan ialah lebih banyak publisiti agar orang ramai tahu mereka boleh mendapatkan bantuan daripada SHF.

“Ini kerana, kadang kala mereka tidak tahu dan mereka merujuk kepada media atau pihak lain yang tidak dapat membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran edisi pertama majalah Heart Talk oleh Lembaga Ahli Yayasan Jantung Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli-ahli lembaga pemegang amanah SHF Pro-fesor Datuk Dr Chew Peng Hong, Profesor Dr Sim Kui Hian, Datuk Jamilah Anu, Datin Anne Teng, Ketua Pegawai Eksekutif SHF Sue Lim dan Pengarang Heart Talk Eric Lim Swee Khoon.

Taib yang juga Pengerusi SHF berkata, SHF akan terus membantu untuk menaja pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan menjalani pembedahan.

Sekitar hujung tahun ini, katanya, SHF juga akan melancarkan kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit jantung.

Taib turut mengumumkan kerajaan negeri akan memberi sumbangan sebanyak RM50,000 untuk edisi seterusnya.

Bagaimanapun, beliau melahirkan harapan agar untuk keluaran seterusnya, lebih banyak majalah di-keluarkan agar dapat diedarkan kepada badan-badan kebajikan, sekolah-sekolah dan perpustakaan.

Diterbitkan tiga kali setahun, edisi pertama Heart Talk dicetak sebanyak 560 naskah manakala sasaran bagi isu kedua ialah seba-nyak 15,000 naskah.

Sementara itu, Dr Sim berkata, tujuan majalah itu diterbitkan adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pencegahan penyakit jantung.

Manakala bagi pesakit jantung, majalah itu menyediakan maklumat mengenai keadaan mereka dan perkembangan terkini dalam rawatan penyakit tersebut.

“Diharapkan menerusi penerbitan majalah ini sebanyak tiga kali setahun, orang ramai akan lebih memahaminya,” katanya.

29 June 2010

Simple Resepi

Kung Pao Chicken

Bahan-bahan

Bahan A
600gm Isi ayam - dibersihkan dan dipotong dadu
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

 *bahan ini dicampur dengan isi ayam sehingga sebati, dan gorengkan ayam sehingga warna golden brown dan asingkan* 


Bahan B
100gm buah gajus
2 biji bawang besar - potong dadu
6 ulas bawang putih - dicincang
2 ulas halia - dihiris halus
1 biji lada bangala hijau - dihiris memanjang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan air
Minyak masak

Cara

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan dan masukkan lada bangala selepas itu masukkan isi ayam, gaul sehingga rata. Selepas itu, masukkan sos tiram dan sos cili dan akhir sekali air, dan akhir sekali masukkan buah gajus dan biarkan sehingga kuah pekat dan sedia untuk dihidangkan. Taburkan daun bawang yang telah dipotong 2cm di atas ayam sebelum hidangkan.



Sotong Goreng


Bahan-bahan

Bahan A
1 sudu besar Sos Tiram
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
60ml air
1 sudu kecil tepung jagung
1/4 sudu serbuk pati ayam
 *dicampur sekali dalam mangkuk* 


4 tangkai cili kering (dipotong 2)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
50gm halia (dihiris)
500gm Sotong (dihiris)
2 tangkai daun bawang (dipotong 4cm)

Cara

Panaskan 4 sudu besar minyak dan tumiskan cili kering dan bawang dan halia sehingga kekuningan dan masukkan sotong dan gaul rata, masukkan bahan A dan garam secukup rasa, dan biarkan masak selama 2 minit. dan akhir sekali masukkan daun bawang.Hidangkan.



AYAM SAMBAL
Ayam Sambal - Photo by Rebecca


Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan dan digaul rata dengan tepung kunyit

Bahan yang perlu dikisar/tumbuk
6 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3 cm halia
3 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah
2 batang serai


1/2 tin susu cair
60ml air
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau, masukkan ayam dan gaul sehingga rata dan masukkan susu cair, 60ml air, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sehingga sebati dan rata dan biarkan meledak dan biarkan sehingga kuah pekat dan bolehlah dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA!!!!

25 June 2010

RMK-10 | Orang Ulu Sambut Baik

MIRI: Masyarakat Orang Ulu di sini menyifatkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) mengambil kira kepentingan mereka sebagai kaum minoriti di Sarawak.
Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Mutang Tagal berkata, fokus kerajaan untuk membantu golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutama di Sarawak amatlah dialu-alukan.
Beliau berkata, masyarakat pedalaman terutama kaum minoriti seperti Lun Bawang di Ba’Kelalan amat memerlukan kemudahan dan infrastruktur asas termasuk jalan raya.
“Pembinaan jalan raya penting untuk membolehkan
“Dengan adanya jalan, ia akan membuka peluang ekonomi dan meningkatkan status sosial penduduk di sana,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mutang yang juga ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan dan Industri Dayak (DCCI) menambah, kemudahan jalan raya perlu diberi keutamaan memandangkankosnya lebih murah berbanding pengangkutan air atau udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK-10 semalam berkata, fokus khusus akan diberi kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutama yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau, masih terdapat mereka yang hidup tanpa bekalan elektrik dan air dan jauh daripada kemudahan kesihatan.
Najib memberi jaminan akan membela mereka yang kurang bernasib baik untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Di bawah RMK-10, kerajaan akan membina jalan sepanjang 2,800 di Sarawak, manakala bekalan air kepada 95 peratus kawasan negeri ini.

“Kita amat menghargai keprihatinan PM untuk membangunkan lebih banyak kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik untuk masyarakat pedalaman,” kata Mutang.

Beliau mencadangkan agar tenaga alternatif diperluaskan menggunakan mikro hidro, sistem hibrid solar, panel solar dan generator yang murah dan senang diselenggarakan

Menurut Mutang, di Ba’ Kelalan misalnya, penduduk di situ menggunakan lima mikro hidro yang dijana kuasa menggunakan air sungai.

penduduk di pedalaman akses dengan dunia luar.

06 June 2010

IBAN | Populasi Terbesar Di Bumi Kenyalang

Kaum Iban merupakan masyarakat pribumi di Sarawak. Masyarakat pribumi kaum Iban lebih di kenali dengan bangsa Dayak, di percayai berasal daripada tanah besar Indonesia dari bahagian Kalimantan Barat Indonesia. Kalimantan Barat merupakan sebahagian besar daripada keluasan di kepulauan Borneo yang meliputi 2 per 4 daripada keluasan sebenar gugusan kepulauan tersebut.

Suku kaum Iban melakukan migrasi ke kawasan yang baru kerana kedudukan geografi terletak begitu hampir dengan negeri Sarawak pada masa tersebut. Migrasi awal di kenalpasti berpusat di Lubuk Antu yang merupakan salah satu daerah yang terdapat dalam bahagian Sri Aman pada masa kini. Suku kaum Iban merupakan populasi terbesar di bumi kenyalang. Jumlah penduduknya seramai 6000,00 orang pada penghujung tahun 2000 dan akan di jangka bertambah ke angka 1 juta menjelang tahun 2020.

sumber: http://www.freewebs.com/etnik-iban/pengenalan.htm

Followers