KUCHING: Pelancaran edisi pertama majalah Heart Talk diharap mampu  menyediakan maklumat berguna kepada para pesakit jantung khususnya dalam  mendapat-kan bantuan menerusi saluran yang betul.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pengeluaran isu  pertama majalah tersebut sekali gus dapat mempromosikan Yayasan Jantung  Sarawak (SHF).
“Saya rasa apa yang diperlukan ialah lebih banyak publisiti agar  orang ramai tahu mereka boleh mendapatkan bantuan daripada SHF.
“Ini kerana, kadang kala mereka tidak tahu dan mereka merujuk  kepada  media atau pihak lain yang tidak dapat membantu mereka,”  katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran edisi  pertama majalah Heart Talk oleh Lembaga Ahli Yayasan Jantung Sarawak di  Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.
Hadir sama ialah Ahli-ahli lembaga pemegang amanah SHF Pro-fesor  Datuk Dr Chew Peng Hong, Profesor Dr Sim Kui Hian, Datuk Jamilah Anu,  Datin Anne Teng, Ketua Pegawai Eksekutif SHF Sue Lim dan Pengarang Heart  Talk Eric Lim Swee Khoon.
Taib yang juga Pengerusi SHF berkata, SHF akan terus membantu untuk  menaja pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan menjalani  pembedahan.
Sekitar hujung tahun ini, katanya, SHF juga akan melancarkan kempen  bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit jantung.
Taib turut mengumumkan kerajaan negeri akan memberi sumbangan  sebanyak RM50,000 untuk edisi seterusnya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan harapan agar untuk keluaran  seterusnya, lebih banyak majalah di-keluarkan agar dapat diedarkan  kepada badan-badan kebajikan, sekolah-sekolah dan perpustakaan.
Diterbitkan tiga kali setahun, edisi pertama Heart Talk dicetak  sebanyak 560 naskah manakala sasaran bagi isu kedua ialah seba-nyak  15,000 naskah.
Sementara itu, Dr Sim berkata, tujuan majalah itu diterbitkan adalah  bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pencegahan penyakit  jantung.
Manakala bagi pesakit jantung, majalah itu menyediakan maklumat  mengenai keadaan mereka dan perkembangan terkini dalam rawatan penyakit  tersebut.
“Diharapkan menerusi penerbitan majalah ini sebanyak tiga kali  setahun, orang ramai akan lebih memahaminya,” katanya.
Sumber : BorneoPost Online
No comments:
Post a Comment