KUCHING: Atas dorongan ingin hidup dengan teman wanitanya, seorang  suami sanggup lari meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa sebarang  berita.
Lantas, isteri tersebut yang hanya dikenali sebagai Tini, 37, dari  Jalan Astana, Kuching menuntut cerai taklik daripada suaminya, Zamri,  40, di Mah-kamah Rendah Syariah di sini semalam.
Tini memberitahu bahawa suaminya lari dari rumah sejak 22 Februari  2007 sehinggalah sekarang.
“Dia lari meninggalkan kami anak-beranak semata-mata ma-hu bersama  teman wanitanya.
“Selama tempoh ditinggalkan, dia tidak pernah menghantar atau  mengirim wang perbelanjaan kepada kami anak-beranak yang menyebabkan  saya sendiri mencari wang demi memberi makan anak-anak saya,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada 15 September 1994 dan dikurniakan lima  anak.
Tini berkata, sejak ditinggalkan oleh suaminya, dia terpaksa  menumpang di rumah ibunya.
“Dia tidak meninggalkan se-sen pun wang kepada kami anak-beranak,”  katanya dalam keadaan sayu.
Setelah mendengar keterangan, Hakim Syarie menasihati Tini agar  berusaha mencari suaminya bagi memudahkan pro-ses perceraiannya.
Hakim Syarie berkata demikian ekoran keterangan Tini tidak kukuh bagi  membantu dalam tuntutannya itu.
Tini hadir bersama peguamnya Abdullah Abu Mat Su’uad manakala Zamri  tidak hadir dan tidak diwakili peguam.
Kes tersebut didengar di  hadapan Hakim Syarie Murshidi Jaya yang  menetapkan 29 Julai akan datang bagi sebutan semula.
Source : BorneoPost Online
Source : BorneoPost Online
No comments:
Post a Comment