18 July 2010

Dua lagi kanak-kanak diselamat, dua lagi suspek sindiket ditahan

KUCHING: Hasil siasatan lanjut ke atas beberapa suspek kes penjualan bayi, polis semalam berjaya menemui dua lagi kanak-kanak, ma-sing-masing berusia tiga dan empat tahun yang cuba di-perdagangkan dalam sin- diket tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri SAC II Huzir Muhamed ketika dihubungi semalam menyata-kan, tangkapan dibuat kira-kira jam 5.30 petang kelmarin di sebuah rumah di sekitar     kawasan Batu Kawa dan telah menahan dua orang warga Indonesia berusia 19 dan 23 tahun.

Salah seorang daripada suspek mempunyai pas lawatan sosial manakala seorang lagi tidak mempunyai pas tersebut.

Kedua-dua warga Indo-nesia tersebut dipercayai penjaga kepada dua kanak-kanak itu yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Mereka kini ditahan di Balai Polis Sentral bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kini jumlah kesemua suspek yang ditahan reman bagi siasatan kes itu ialah seramai 14 orang dengan dua daripadanya bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datin’.

Sumber: BorneoPost Online

No comments:

Post a Comment

Followers