KUCHING: Seorang bapa kepada dua orang anak dipercayai membunuh diri  apabila ditemui tergantung pada sebuah jambatan berhampiran rumahnya  semalam.
Mayat mangsa yang berusia 23 tahun tersebut, ditemui oleh penduduk  kampung sekitar 7.30 pagi tergantung dengan tali yang terikat pada rel  jambatan tersebut yang terletak di Samariang Pinggir.
Pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menyiasat dan kemudiannya  menghantar mayat tersebut ke rumah mayat untuk dibedah siasat.
Dikatakan si mati mengalami tekanan perasaan selepas terlibat dalam  pertengkaran dengan isterinya bersabit isu rumah tangga mereka pada  malam sebelum kejadian.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut dan siasatan  lanjut sedang dijalankan.
Dalam sebuah kes berasingan, seorang ibu mengamuk apabila gaji anak  perempuannya dipotong oleh majikannya yang akhirnya menyebabkan kerugian  berjumlah RM1,500 dari segi nilai kerosakan di sebuah kedai menjual  pakaian kanak-kanak, Isnin lepas.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7 malam apabila wanita tersebut  tiba di kedai baju tersebut yang terletak di Jalan Datuk Abang Abdul  Rahim di mana anaknya yang berusia 15 tahun bekerja secara sambilan.
Berbekalkan gunting, wanita tersebut mengamuk dan mula menggunting  hampir 30 pakaian kanak-kanak di hadapan pekerja-pekerja lain yang dalam  keadaan terkejut sebelum meninggalkan kedai tersebut.
Pemilik kedai tersebut yang berusia 30-an kemudiannya membuat laporan  polis dan memberitahu pihak polis bahawa ibu pekerjanya itu marah  disebabkan gaji anaknya dipotong. 
Sumber: BorneoPost Online
No comments:
Post a Comment