SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco  sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox  antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun  yang menyertai  pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman  ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi  menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia  tersenyum.
Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.
Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.
Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu  kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan  kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.
Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment