SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Belaga, Kennedy Chuk  Pai berharap wakil rakyat kaum Orang Ulu diberi pertimbangan sewajarnya  untuk menyertai kabinet negeri.
Ini kerana, katanya, hampir semua projek besar di negeri ini seperti  Empangan Hidroelektrik Bakun, Baram dan Murum melibatkan kaum Orang Ulu.
“Dengan memberikan peluang dalam kabinet negeri, ia secara tidak  langsung turut melibatkan mereka (wakil rakyat Orang Ulu) merencanakan  polisi yang telah dirancangkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui  semalam.
Katanya, beliau juga percaya kaum Orang Ulu sangat gembira sekiranya  wakil rakyat mereka diberi pertimbangan menyertai kabinet negeri.
Kennedy berkata, sejak kematian mendiang Datuk Dr Judson Sakai Tagal, kaum Orang Ulu tidak mempunyai wakil dalam kabinet negeri.
Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri lalu berjaya  mempertahankan kerusi di kawasan kaum Orang Ulu, antaranya Telang Usan,  Batu Danau dan Belaga.
Bagi kerusi DUN Ba’ kalalan, calon BN Willie Liau tewas kepada calon  Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian dengan majoriti tipis.
Source : The BorneoPost Online 
No comments:
Post a Comment