EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang  menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher  panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya  disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di  Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.
Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).
Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.
"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu  tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk  merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota  MCS, Clare Fischer. - Agensi
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment