18 July 2014

Tragedi MH17


Belumpun selesai misteri kehilangan pesawat MH370, sekali lagi kita digegarkan dengan berita yang menyayat hati bukan sahaja seluruh rakyat Malaysia merasakannya malah seluruh dunia dengan tragedi  menimpa pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine pada 17 Julai 2014. Kali ini, lebih tragis apabila pesawat malang tersebut dipercayai ditembak jatuh dan meragut sekurang-kurangnya 295 nyawa penumpang dan krew MH17.

Gambar Hiasan

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dalam laman twitternya awal pagi tadi menyatakan yang beliau terkejut apabila mendengar berita sebuah pesawat MH terhempas dan akan melancarkan siasatan segera. 

Kita sama-sama bersabar dalam menunggu laporan siasatan terhadap tragedi yang menimpa pesawat MH17 dan berdoa agar siasatan dapat dijalankan segera untuk mencari orang yang bertanggjawab atas insiden yang menimpa pesawat MH17.

Sama-sama kita berdoa untuk semua penumpang dan krew MH17 dan juga kepada ahli keluarga dan kawan semua yang berada didalam pesawat MH17. Tidak lupa juga kita berdoa untuk semua penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih belum ditemui sehingga kini.


No comments:

Post a Comment

Followers