19 July 2014

Kurangkan sifat perkauman dan kurang ajar ditempat awam

Sementara saya menunggu giliran untuk membayar bil di sebuah kaunter bayaran di Jalan satok petang tadi, saya dikejutkan dengan suara seorang perempuan dalam linkungan usia 40-an yang tidak puas hati dengan seorang pekerja kaunter tersebut. Dia terus meninggikan suaranya seoalah-olah ingin semua orang tahu akan ketidakpuasan hatinya. Entah apa yang dia bebelkan tanpa menghiraukan pelanggan yang banyak menunggu untuk membayar bil mereka. Pekerja kaunter berkenaan sudahpun berkali-kali meminta maaf daripada pelanggan tersebut namun pelanggan yang bertutur dalam bahasa enggeris berkenaan seoalah-olah tidak puas hati. Sebelum beredar dia masih sempat lagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya tadi sambil memandang kearah kami yang masih menunggu giliran seolah-olah ingin kami semua bersetuju atau menyokong dengan apa yang dia lakukan. Minta maaf, saya tidak berminat dan tiada masa untuk layan perkara remeh dan hanya membawa malu kepada diri sendiri.


Gambar Hiasan

Pengajaran untuk kita semua, kalau tidak puas hati, tanya dengan cara baik atau sekiranya benar pekerja kaunter terbabit memang salah, laporkan kepada manager atau orang atasan. Tidak perlu nak buat kecoh atau meninggikan suara ditempat awam. Bukan dia seorang sahaja pengguna kepada syarikat terbabit, ada beribu pelanggan yang mereka kena layan setiap hari. Jangan memalukan diri sendiri dengan kelakuan yang tidak bertemadun dan tidak berprofesional itu. Kalau nak memalukan pekerja kaunter ataupun nak menunjukkan kelemahan syarikat terbabit, tidak perlu nak meninggikan suara didepan orang. Itu hanya memberi malu kepada diri sendiri. Memang "Customer is always right" tapi tidak bermakna "Customer have a right" untuk memaki hamun orang pun. Kita hidup di Malaysia, ada adablah sikit. Janganlah ada sikap "Rude" dan "Racist". Kita di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.

1 comment:

  1. Antara sikap-sikap org yang tidak beradab. Setinggi mana pun pelajaran kita, kepandaian kita, kehebatan kita, kalau begini lakunya, tidak ada siapa pun orang yang memujinya. payah sangat ke nak bersabar? Jadi sakit ke nak bertolak ansur? Kekdang begitulah sang manusia, bila riak sudah menghatui dalam diri.

    ReplyDelete

Followers