BINTULU: Mayat bayi  yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebuan Besar digali  semula untuk bedah siasat sekitar jam 2.45 petang atas perintah Mahkamah  Majistret semalam.
Proses penggalian mayat bayi itu oleh pihak polis selesai pada jam  2.50 petang sebelum dibawa ke kenderaan polis seterusnya ke Bilik Mayat  Hospital Bintulu untuk bedah siasat.
Bayi yang meninggal dunia itu merupakan bayi perempuan yang belum  dinamakan dan laporan untuk menggali mayat bayi itu telah dipohon oleh  bapa kepada bayi tersebut,
Awang Azemi Awang Iri, 45, di Pusat Sehenti Polis pada jam 3.31  petang 15 Mac lalu. Beliau yang bekerja sebagai pemandu jentera berat  dalam laporannya berkata pada 14 Mac kira-kira jam 4.30 petang, beliau
telah menerima panggilan telefon daripada isterinya, Jaita Julaihi,  39, yang memaklumkan kepadanya bahawa anak perempuan mereka yang baru  dilahirkan dua hari sebelumnya telah meninggal dunia selepas menerima  suntikan ubat daripada jururawat di Hospital Bintulu kerana disyaki  dijangkiti kuman sedangkan anaknya kelihatan sihat.
Bapa yang juga pengadu tidak puas hati lalu membuat laporan polis dan rujukan pihak hospital di Pusat Sehenti Polis.
Siasatan telah dijalankan oleh Inspektor Peterson Ray Tang dan kes  diklasifikasikan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu Mematikan  Orang Dengan Salah.
Permohonan penggalian mayat oleh pihak polis disebabkan pengadu dan  saksi menyatakan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan kesalahan  suntikan ubat melalui tangan iaitu melalui salur darah.
Pengadu berkata, anaknya sihat sebelum disuntik ubat dan penggalian  itu juga adalah untuk mengadakan bedah siasat ke atas mayat si mati oleh  pegawai perubatan bagi mengenal pasti punca kematian.
Atas sebab-sebab itu Jabatan Siasatan Jenayah telah membuat  permohonan perintah mahkamah di bawah Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah  dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah untuk menggali mayat yang telah  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebuan Besar Bintulu dalam  tempoh tujuh hari.
Kelmarin, Majistret Ahmad Dzulfadzli Hamdan di Mahkamah Majistret  Bintulu telah meluluskan  p e rmo h o n a n  p e g awa i penyiasat dalam  tempoh tujuh hari itu sebelum 23 Mac untuk siasatan lanjut kes  terbabit.
Sementara itu, Majistret Ahmad Dzulfadzli turut berada di tanah  perkuburan semasa proses penggalian mayat bayi yang belum dinamakan itu  semalam.
Dalam pada itu, pengadu juga mempunyai empat anak lain yang terdiri daripada dua perempuan dan dua lelaki.
Sumber : BorneoPost Online 
No comments:
Post a Comment