KUCHING: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Baru  Bian tidak harus memandang tinggi diri-nya serta mendabik dada dengan  membuat tuntutan agar Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berdebat dengannya.
Hakikat bahawa beliau sekadar seorang ahli jawatankuasa lantikan  me-nunjukkan beliau tidak ada justifikasi untuk membuat tuntutan  sedemikian.
Setiausaha Pemuda PBB Ba’ Kelalan, Richard Silo berkata, pihak parti  sudah cukup prihatin untuk melayan permintaannya bagi menangkis dakwaan  yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Bagaimanapun, dari-pada berpura-pura menjadi wira rakyat Sarawak  dengan menuntut perde-batan dengan presiden kami, beliau seharusnya  terdahulu berdebat dengan kami di Ba’ Kelalan,” kata-nya di sini,  kelmarin.
Beliau berkata, memandangkan Baru ingin sekali bertanding di Ba’  Kelalan dalam pilihan raya negeri akan datang, beliau sewajarnya  berdebat dengan wakil parti di konstituensi tersebut.
Menurutnya, PBB Ba’ Kelalan amat mengenali Baru secara peribadi ke-rana beliau pernah tiga kali bertanding di konstituensi itu.
“Beliau tewas dalam ketiga-tiga cubaan itu kerana kami di Ba’ Kelalan  amat mengenalinya. Ramai orang di Sarawak tidak menge-nalinya seperti  kami.
“Maka, kami ingin me-ngeluarkan cabaran kepadanya untuk mengadakan  perdebatan terbuka dengan kami mengenai kemajuan di konstituensi Ba’  Kelalan,” katanya lagi.
Beliau menambah, Baru mesti menunjukkan bukti kukuh mengenai  pembangunan yang beliau telah bawa ke konstituensi mereka dan bukan  sekadar mengeluarkan retorik semasa perdebatan.
Richard yang juga Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, Baru harus  berdebat mengenai sumbangannya di konstituensi mereka sebelum melakukan  cubaan untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa beliau adalah wira  rakyat Sarawak.
Beliau berkata, pemim-pin politik biasanya bermula dari peringkat  konstituensi sebelum memperluaskan skop pembabitannya dalam politik.
“Justeru, kami meminta beliau membuktikan ke-wibawaannya di  konstituensi Ba’ Kelalan terlebih dahulu sebelum mencuba untuk menjadi  wira politik di mata rakyat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Belaga, Henry Kilah Talek yang juga  Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, beliau merasa malu dengan Baru  kerana menuntut perdebatan dengan Taib yang sudah banyak membantu  masyarakat mereka.
“Sebagai Orang Ulu, saya merasakan ia tidak wajar baginya untuk  menjadi wira sedangkan Ketua Menteri telah membantu masyarakat kami.
“Sebenarnya, saya berasa malu dengan cabarannya yang seakan-akan  memperkecilkan kepimpinan seorang individu yang telah banyak menyumbang  kepada kemajuan negeri ini,” katanya.
sumber  Borneo post
No comments:
Post a Comment