MUAR 2 Feb. – Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti  Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan  menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas  dan pimpinan penting parti itu ”chow liao” atau cabut lari  beramai-ramai, terbaru adalah Ahli Parlimen (MP) Padang Serai, N.  Gobalakrishnan, yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR  pada 29 Januari lalu.
"Semua pengasas bersama sudah ”chow liao”, lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.
"Terbaru Gobalakrishnan... mereka tak percaya kerana Anwar pembohong  besar, pengkhianat negara,” katanya sambil menambah Anwar telah membuat  pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang  kebaikan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat  banjir kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini hari  ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),  berkata, BN tidak gentar dengan hasrat
Anwar untuk membuat lawatan ke 30  kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi  penerangan kepada orang ramai.
Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan  cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya. –  Bernama
Sumber : Utusan Malaysia Online 
No comments:
Post a Comment