WARSAW - Sekumpulan penunjuk perasaan di Poland yang melaung ungkapan  'Pertahankan Salib', bergelut dengan pihak polis semalam tetapi mereka  berjaya menghalang pihak berkuasa daripada memindahkan satu salib yang  dibina di luar Istana Presiden bagi mengingati kematian bekas Presiden  Poland, mendiang Lech Kaczynski.
Kira-kira 20 penunjuk perasaan berdiri di hadapan salib kayu tersebut  sambil merayu kepada beberapa paderi yang ditugaskan untuk  memindahkannya ke sebuah gereja berhampiran.
Mereka disokong beratus-ratus orang yang berhimpun di belakang panghadang polis di seberang jalan di lokasi tersebut.
Anggota-anggota polis kemudian mengheret keluar beberapa penunjuk  perasaan termasuk seorang wanita yang mengikat dirinya pada salib  berkenaan.
Namun, pihak polis memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan memindahkan salib itu buat masa ini.
Usaha pihak berkuasa untuk memindahkan salib berkenaan ditentang para penyokong Kaczynski.
Salib itu didirikan lima hari selepas nahas pesawat pada 10 April lalu  di Rusia yang mengorbankan Kaczynski, isterinya, Maria dan 94 yang lain  termasuk beberapa pemimpin tentera. - AP
 Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment