GEORGE TOWN: Janin bayi lelaki yang dipercayai digugurkan ditemui dalam  tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara, Jalan Makloom, di sini  semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kok Meng berkata janin itu ditemui  seorang lelaki pemungut tin kosong ketika melalui kawasan itu  kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Janin itu dianggar baru berusia lima bulan berdasarkan keadaannya yang  hampir cukup sifat dan ketika ditemui ia dihurungi lalat.
“Kami percaya janin itu baru sahaja dibuang berdasarkan masih terdapat  tali pusat dan urinya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal dan kesan kecederaan teruk di  kepala janin itu, polis percaya ia dicampak dari tingkat atas sebuah  pangsapuri di sini.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu  supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. —  Bernama
Sumber : BorneoPost Online
No comments:
Post a Comment