IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung  bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25  September lalu, didakwa ‘menderita’ akibat kecuaian dua buah hospital.
Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas  isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea  Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin  Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.
“Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa  pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa  masalah,” katanya di sini semalam.
Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.
Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur  jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja  Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment