KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan UMNO meminta kesemua parti komponen  Barisan Nasional (BN) termasuk MCA dan MIC menamatkan perang psikologi  antara mereka serta-merta dan tidak lagi menyebut tentang hak orang  Melayu. 
Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, ahli  Majlis Tertinggi (MT) khususnya Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun  Razak perlu bertindak sebagai komander politik kepada kerajaan BN dalam  mengawasi perkara itu.
Semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung  UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, Jalaluddin  membidas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kelmarin  yang mengatakan bahawa soal kontrak sosial tidak harus dibincangkan  secara terbuka. 
Jalaluddin berkata, kenyataan Presiden UMNO berhubung kontrak sosial  kelmarin sebenarnya dibincangkan secara tertutup kerana ia dilakukan  pada perhimpunan Melayu yang memperjuangkan hak orang Melayu di tanah  air.
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment