MARUDI: Masyarakat di Bakong Hilir diseru supaya sentiasa menyokong  dan tetap bersama Barisan Nasional (BN) dengan menolak mana-mana parti  pembangkang yang hanya muncul untuk membuat ‘kacau’ dengan kata wakil  rakyatnya, Sylvester Entri.
Beliau yang juga Menteri Muda Bekalan Air merangkap Menteri Muda  Kemajuan Tanah berkata penduduk di kawasan luar bandar perlu menolak  dakyah dan fitnah terhadap kerajaan yang disebarkan pembangkang  lebih-lebih menjelang pilihan raya negeri yang semakin hampir.
“Kehadiran parti-parti pembangkang di rumah-rumah panjang dan  kampung-kampung di sini hanya sekadar untuk memancing undi semata-mata  dan kononnya mahu menubuhkan kerajaan baru mereka semata-mata,” katanya.
Berucap di majlis penangguhan perhimpunan sivik anjuran Jabatan  Penerangan Malaysia, bahagian Marudi yang diadakan di Rumah Giling  Manggai di Sungai Buluh A di Bakong Hillir pagi semalam, Entri meminta  penduduk di Bakong tetap ber-sama beliau dan BN bagi memastikan  pembangunan yang berterusan di kawasan tersebut.
Beliau juga menyeru masyarakat di Bakong supaya mendekatkan diri atau  merapatkan pergaulan dengan kerajaan BN supaya mereka sentiasa  mendapatkan perkembangan terkini mengenai polisi dan projek-projek  pembangunan kerajaan untuk rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.
“Melalui hubungan baik ini juga penduduk tidak takut bertemu dengan  pemimpin kerajaan untuk menyuarakan masalah, sekali gus memudahkan  pembangunan dilaksanakan untuk rumah panjang atau kampung-kampung  ber-kenaan.
“Jangan takut berjumpa dengan saya sekiranya ada masalah yang perlu  dibincangkan atau diketahui oleh saya.
Hanya dengan itu maka saya akan  tahu perkara yang berlaku sekali gus memudahkan saya untuk mencari cara  membawa masuk pembangunan. Kerana hanya melalui pembangunan dan kemajuan  maka taraf hidup kita dapat diperbaiki,” ujar Entri lagi.
Menurut beliau isu-isu yang dibawa oleh pembangkang tidak dapat  membawa pembangunan tetapi hanya memecah-belahkan penduduk di rumah  panjang.
Dalam pada itu Entri turut mengumumkan geran Projek Kecil Pembangunan  Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 bagi membina parit besar dan projek  tikar untuk 15 pintu Rumah Giling.
Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Daerah Baram, Joseph  Belayong, Pegawai Penerangan Marudi, Joseph James dan wakil-wakil  jabatan dan agensi kerajaan.
Sumber : BorneoPost Online
No comments:
Post a Comment