WADSWORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemuda, Jeremy Lukens yang  memakai kostum gorila dan menakutkan beberapa orang gadis di bandar ini  bakal berdepan hukuman penjara enam bulan dan denda AS$1,000 (RM3,094),  lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, hukuman yang bakal diterimanya itu bukannya disebabkan  perbuatannya yang menakutkan beberapa orang gadis dengan memakai kostum  tersebut.
Sebaliknya, dia akan dikenakan hukuman itu setelah didapati bersalah  baru-baru ini kerana enggan berhenti apabila diarahkan oleh polis selain  cuai semasa mengendalikan sebuah kenderaan.
Lukens yang berumur 24 tahun enggan berhenti semasa diarahkan  anggota-anggota polis yang mengejarnya dengan menggunakan kereta ketika  dia menunggang motosikal empat roda ketika memakai kostum itu pada  tengah malam.
Dia dikejar selepas polis mendapat aduan daripada penduduk yang marah dengan perbuatannya itu.
Namun, selepas satu adegan mengejar berlaku, dia akhirnya menyerah diri kepada polis.
Pemuda itu menyatakan kepada polis bahawa dia memakai kostum untuk  menakut-nakutkan beberapa orang gadis kerana dia menjalani satu rakaman  video yang dirakamkan oleh seorang rakannya. - Agensi
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment