KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan  bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.
Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras  kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan  menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini. 
Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang  majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman  penjara sehingga 20 tahun.
Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah  beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi  kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan  mengkaji kitab Injil.
"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya  menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup  tanpa berpura-pura," katanya.
Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment