COLORADO - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan  Trappe terbang ke udara hanya dengan menggunakan puluhan belon helium,  lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia yang berusia 37 tahun terbang pada ketinggian 5,486 meter. 
Belon helium selalu menjadi permainan kanak-kanak dan menghiasi dewan pesta.
Trappe berlepas dengan duduk di bangku yang ditarik oleh belon helium  itu dari Leon ke Colorado sejauh 160 kilometer pada awal bulan ini.
Lelaki itu melakukan penerbangan itu pada Festival Del Globo.
Trappe mengawal ketinggiannya dengan melepaskan udara pada belonnya  dengan kadar kelajuan antara 28.79 kilometer hingga 80.47 kilometer  sejam. 
Ketika menyeberangi gurun dan gunung-ganang, Trappe melindungi  dirinya dari ketinggian dan pancaran cahaya matahari dengan menggunakan  bekalan oksigen dan memakai cermin mata hitam. 
"Ini merupakan satu penerbangan belon yang benar-benar luar biasa.
"Saya amat teruja dengannya," katanya. - Agensi
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment