KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Datuk Zaid Ibrahim semalam mengumumkan keputusannya untuk menarik diri  daripada bertanding pemilihan parti itu selain melepaskan semua  jawatannya dalam PKR.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Zaid berkata,  pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung  manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu  sering dibangkitkan.
"Sepanjang proses pemilihan parti, beberapa perkembangan menunjukkan  kepimpinan parti membiarkan salah guna kuasa dan penipuan dalam  pemilihan berlaku bagi mencapai tujuan tertentu.
"Saya yakin mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai hipokrit  dan palsu seperti ini tidak dapat menawarkan perubahan yang bermakna  kepada rakyat di negara ini," katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau amat  kecewa kerana tidak dapat terus bertanding dalam proses pemilihan yang  tercemar.
Sumber : Kosmo 
No comments:
Post a Comment