MARUDI: Penduduk Kampung Long Ikang dalam kawasan  Baram Tengah di sini berjanji akan memberi sokongan 100 peratus kepada  Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan selaku calon Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang dijangka  diadakan tahun ini.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan  Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Long Ikang Marcus Laing, 65, yang  mewakili penduduk bagi menyatakan sokongan berkenaan, berkata hanya  kerajaan BN sahaja yang mampu memberi dan menyalurkan pembangunan  terutama kepada penduduk di luar bandar.
“Selain pembangunan  infrastraktur, kerajaan juga kini mulai menyalurkan bantuan berjumlah  RM100 kepada para pelajar,” katanya.
“Sebaliknya pihak pembangkang  tidak berbuat begini. Mereka (pembangkang) hanya pandai bercakap dan  membohongi penduduk kampung sambil sentiasa menyalahkan kerajaan dengan  mengatakan semua yang tidak betul dilakukan oleh kerajaan,” tambah Laing  lagi.
Bercakap kepada Utusan Borneo di sini beliau berkata, tidak  semua penduduk menerima dakyah pembangkang sebaliknya ada juga yang me-  radang terutama kepada penduduk kampung yang tinggal di bandar dan  hanya pulang ke kampung untuk mempenga-ruhi penduduk sambil menyebelah  pembangkang.
“Mereka ini hanya datang pada musim pilihan raya  tetapi balik sesudah pilihan raya.
“Secara peribadi saya pun  memang menyokong penuh Datuk Jacob dan Barisan Nasional. Tambahan pula  beliau (Jacob) ialah naib presiden kanan SPDP Negeri.
“Saya mahu  penduduk Long Ikang sama-sama berjalan dalam satu perahu iaitu dalam  ‘perahu’ BN dan kepada penduduk yang menetap di bandar serta pulang  sekali-sekala ke kampung, saya ingatkan jangan hanya datang pada masa  pilihan raya sambil mengacau keamanan dan keharmonian kampung yang sudah  lama wujud,” katanya.
Sebaliknya menurut Laing, golongan itu  sepatutnya membantu penduduk kampung menyokong calon BN demi pembangunan  di kawasan kampung mereka.
Dalam pada itu, Laing yang juga bekas  pegawai pertanian turut  merayu kepada penduduk Long Ikang agar jangan  sama sekali membuat kacau-bilau di kampung mereka.
Sementara itu,  pada PRU yang lalu, Long Ikang memberikan Sagan purata 96 peratus  kemenangan tetapi kali ini penduduk katanya akan berusaha memastikan  sokongan 100 peratus untuk Sagan kelak.
Sumber: Borneo Post Online 
No comments:
Post a Comment