KUCHING – Mayat lelaki, yang dilaporkan hilang ketika cuba  menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang jatuh ke dalam parit di  Jalan Rock di sini pagi Khamis lepas, ditemui pagi ini di Sungai Maong  Ulu.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, mayat Herman  Sihas, 28, berasal dari Lundu dijumpai anggota Jabatan Pertahanan Awam  (JPAM) pada 8.45 pagi ini, kira-kira tiga kilometer dari tempat  kejadian.
Gerakan mencari pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kerajaan Batu  Lintang itu, Kho Ying Gi, 19, masih diteruskan oleh pasukan mencari dan  menyelamat, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Khamis lepas, Herman dihanyutkan  arus deras ketika cuba menyelamatkan pelajar itu yang terjatuh ke dalam  parit ketika hujan lebat dan banjir kilat melanda kawasan tersebut.
Susulan itu, gerakan mencari dan menyelamat kedua-dua mereka telah  dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan JPAM. –  BERNAMA
Sumber: Kosmo
No comments:
Post a Comment