12 orang daripada kumpulan gengster yang dikenal pasti  dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat
 KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh semalam  mengesahkan berlakunya gejala kawalan harga getah di negeri ini yang  dimanipulasikan oleh individu dan kumpulan gengster.
Menurut beliau, pihaknya telah menerima maklumat dan aduan mengenai  perkara tersebut daripada penduduk tempatan terutamanya di daerah Sibu,  Sarikei dan Bintangor.
Susulan itu, katanya setakat ini seramai 12 orang daripada kumpulan  gengster yang dikenal pasti aktif dalam kes tersebut telah dikenakan  tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat.
“Dengan itu, tindakan di bawah undang-undang pencegahan telah diambil  terhadap individu serta kumpulan yang dikatakan aktif memperdaya dan  
mengugut penoreh getah supaya menjual hasil kepada mereka pada harga  yang rendah.
“Mereka (pekebun) diugut akan dicederakan jika enggan berbuat  demikian (menjual kepada kumpulan berkenaan),” katanya tanpa mengulas  lanjut jumlah sindiket yang dikenal pasti terlibat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Upacara  Menandatangani Buku Serah/ Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya  Polis Sarawak antara SAC Datuk Law Hong Soon dan  DCP Datuk Hamza Taib,  di ibu pejabat kontinjen (IPK) Sarawak, di sini semalam.
Tambah Mohmad, terdapat beberapa individu yang kini masih dalam  siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada penduduk setempat khususnya  penoreh getah supaya menyalurkan maklumat mengenai perkara tersebut  kepada pihak polis agar tindakan proaktif dapat dijalankan.
“Saya merayu kepada penduduk setempat supaya segera tampil kepada  polis sekiranya berlaku gejala sebegini di kawasan masing-masing.
“Jangan meletakkan polis pada situasi yang susah… kalau masyarakat  tidak mempercayai polis saya rasa susah untuk kita membantu masyarakat  dan seterusnya meletakkan Sarawak sebagai negeri yang selamat didiami”.

A counselor does not look as good as it was sex cams
ReplyDeletetaken from Beck 2001 A. The Congress is not important for the PMP.
The throwing of salt over your belly. So here's the next message.
my web-site sex cam