RIYADH - Pihak berkuasa agama Arab Saudi mengumumkan bahawa hari 
terakhir umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah semalam manakala 
Hari Raya Aidilfitri disambut hari ini.
Media Arab Saudi melaporkan anak bulan Syawal tidak kelihatan 
kelmarin menyebabkan hari berikutnya dianggap hari ke-30 dan terakhir 
dalam bulan Ramadan di negara itu.
Selain Arab Saudi, Qatar dan Yemen turut mengumumkan Hari Raya Aidilfitri disambut pada hari ini.
Libya turut menyambut Aidilfitri pada hari yang sama. - AFP
Sumber: Kosmo 
No comments:
Post a Comment