Untuk pengetahuan blogger sekalian, bahasa kenyah berbeza-beza mengikut kampung. Sungguhpun begitu, perbezaannya tidak terlalu jauh. Disini, saya ingin kongsikan sedikit bahasa kenyah (Long Anap) yang digunakan dalam pertuturan seharian.
Kata ganti diri
Bahasa Malaysia
|
Bahasa Kenyah
|
Bapa
|
Amai
|
Emak
| Uwe' |
Abang
| Seken Laki |
Kakak
| Seken Leto |
Adik
| Sadin |
Datuk
| Uko laki |
Nenek
| Uko leto |
Abang ipar / Kakak ipar
| Sabai |
Emak Saudara / Bapa Saudara
| Tu'a Mbek' |
Saya
| Ake' |
Kamu
|
Iko'
|
Kita
|
Ilu
|
Kamu sekalian
|
Ikem mung
|
Mereka
|
Ida
|
Bahasa Malaysia
|
Bahasa Kenyah
| |
Soalan :
|
Apakhabar?
|
Inu denga?
|
Jawapan :
|
Sihat @ Baik
|
Tiga.
|
Soalan :
| Kamu hendak ke mana? | Tai ka mbi ko? |
Jawapan :
| Saya hendak pergi kerja |
Ake' kelo tai kerja.
|
Soalan :
| Kamu sudah makan? |
Iko' lepa uman?
|
Jawapan :
| Belum /Sudah |
Bek lai. / Lepa
|
Soalan :
| Kamu sudah minum? | Iko lepa isep? |
Jawapan :
| Belum / Sudah |
Bek lai. / Lepa
|
Soalan :
| Mahu pergi jalan? |
Kelo tai masat?
|
Jawapan :
| Mahu / Tak mahu |
Kelo / Bek kelo
|
Saya suka berkawan dengan kamu. |
Ake' kelo tuyang ngen ko
| |
Saya suka kamu (I love you) | Ake' kelo iko. | |
Kamu cantik sangat. | Iko gap ale'. | |
Jangan nakal sangat | Ayen Man'deng ale' | |
Kamu sakit? | Iko sakit? | |
Lama tak jumpa. | Majo'k bek tego. | |
Saya minta maaf. | Ake nyat lesau. |
Suka iaitu Kelo dalam bahasa kenyah boleh digunakan untuk ayat lain contohnya:-
Saya mahu menonton TV. Ake kelo na’at TV.
Nombor:-
Satu - Cha
Dua - Dua
Tiga - Telu
Empat - Pat
Lima - Lema
Enam - Nem
Tujuh - Tujok
Lapan - Aya
Sembilan - Pi'en
Sepuluh - Pulok
Untuk 11 hinga 19 , cuma gabungkan sepuluh dan satu. contohnya : Pulok Cha (Sebelas) dan begitulah seterusnya sehingga 19. Ingat! 20 adalah seperti berikut : gabungkan Dua dan sepuluh ia akan menjadi seperi berikut : Dua Pulok (Dua puluh),
Untuk 21 hinggalah ke 99, susunan nya seperti berikut :
Dua puluh satu (21) - Dua pulok Cha
Dua puluh dua (22) - Dua pulok dua...dan begitukah seterusnya. Mudah kan? cuma perlu terjemahkan dalam masa kenyah bulat-bulat macam dalam bahasa malaysia.
Untuk 100 dan seterusnya adalah seperti berikut:-
Satu ratus (100) - Cha ato. Seperti yang telah dinyatakan diatas, Cha adalah Satu (1), manakala ratus dalam bahasa kenyah adalah ato. Jadi anda cuma perlu gabungan Satu(1) iaitu Cha dan ato untuk menjadikannya satu nombor. Cuba lihat dibawah:-
Satu ratus (100) - Cha ato
Dua ratus (200) - Dua ato
Tiga ratus (300) - Telu ato...dan begitulah sehingga sembilan ratus (900)
Manakala untuk Satu ratus satu (101) pula adalah seperti berikut :-
Satu ratus satu (101) - Cha ato cha.
Satu ratus dua (102) - Cha ato dua.
Satu ratus tiga (103) - Cha ato telu.....dan seterusnya sampai sembilan. Anda cuma perlu tambah nombor satu (1) iaitu Cha dalam bahasa kenyah dihujung nombor seratus (100) iaitu Cha Ato. Mudah kan?
Ataupun Clik sini