WARSAW - Sekumpulan penunjuk perasaan di Poland yang melaung ungkapan 'Pertahankan Salib', bergelut dengan pihak polis semalam tetapi mereka berjaya menghalang pihak berkuasa daripada memindahkan satu salib yang dibina di luar Istana Presiden bagi mengingati kematian bekas Presiden Poland, mendiang Lech Kaczynski.
Kira-kira 20 penunjuk perasaan berdiri di hadapan salib kayu tersebut sambil merayu kepada beberapa paderi yang ditugaskan untuk memindahkannya ke sebuah gereja berhampiran.
Mereka disokong beratus-ratus orang yang berhimpun di belakang panghadang polis di seberang jalan di lokasi tersebut.
Anggota-anggota polis kemudian mengheret keluar beberapa penunjuk perasaan termasuk seorang wanita yang mengikat dirinya pada salib berkenaan.
Namun, pihak polis memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan memindahkan salib itu buat masa ini.
Usaha pihak berkuasa untuk memindahkan salib berkenaan ditentang para penyokong Kaczynski.
Salib itu didirikan lima hari selepas nahas pesawat pada 10 April lalu di Rusia yang mengorbankan Kaczynski, isterinya, Maria dan 94 yang lain termasuk beberapa pemimpin tentera. - AP
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment