06 August 2010

Pemilik Starbucks dedah kisah sedih

HARLEM, New York - Pemilik rangkaian kafe minuman kopi terkemuka Starbucks, Howard Schultz mendedahkan latar belakang kehidupannya pada satu temu ramah eksklusif, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Bakal menyambut ulang tahun ke-40 Starbucks tahun depan, Schultz yang kini seorang bilionair membesar dalam keluarga miskin di Brooklyn. 

Dia pernah tinggal di kawasan perumahan subsidi Canarsie untuk golongan miskin.

Bapanya, Fred ialah bekas askar tidak berpelajaran yang menyara hidup dengan memandu trak. 

Keadaan bertambah buruk apabila Fred mengalami masalah patah kaki yang serius pada tahun 1961.

Justeru ibu Schultz, Elaine meletakkan harapan tinggi terhadapnya dan dua orang adiknya, Ronnie and Michael. 

Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Xerox dan rumah gudang Hammarplast.

Semasa bekerja di Hammarplast, Schultz menyedari kewujudan sebuah kedai menjual biji kopi di Seattle. 

Nasibnya berubah sewaktu melawat Milan, Itali pada tahun 1981 dan mendapati kedai kopi di negara itu berperanan sebagai hab sosial seperti bar di AS.

Setahun kemudian dia menyertai Starbucks tetapi ibunya menangis dengan keputusan itu.

"Sebuah syarikat kedai kopi?Adakah anda gila? Siapakah yang mahu membeli kopi," kata Schultz yang mendedahkan komen ibunya itu.

Dia kemudian menukarkan kedai kopi Starbucks menjadi sebuah perniagaan besar.

Schultz menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pertama pada 1987.

Kini, Starbucks menggaji 172,000 orang pekerja di lebih 16,000 cawangan di seluruh dunia. 

Di Amerika Syarikat (AS), Starbucks menjadi syarikat pertama yang menyediakan penjagaan kesihatan secara percuma kepada pekerja sambilannya.

Schultz menyatakan inisiatif itu berasaskan kepada pengalaman pahit bapanya. - Agensi 

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Followers