SHAH ALAM - "Hubungan Abdul Aziz dan Siti Rohana memang intim tetapi mengenai dakwaan mengatakan mereka ada hubungan cinta saya tiada komen."
Demikian kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Karang, Salbiah Shaari ketika diminta mengulas mengenai hubungan misteri antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dengan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati Selasa lalu.
Menurutnya, keintiman antara kedua-duanya tidak menimbul apa-apa reaksi pelik di kalangan rakan-rakan memandangkan umum sendiri mengetahui Siti Rohana merupakan pembantu peribadi Abdul Aziz.
"Sebab itu apabila orang sekeliling mula membincangkan hubungan antara kedua-duanya, lebih-lebih lagi selepas kejadian kemalangan itu, saya sendiri rasa hairan kerana apa yang hendak dicuriga kerana selama ini pun mereka memang rapat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, satu sumber memberitahu, Siti Rohana Ismat pernah dilamar oleh Abdul Aziz beberapa tahun lalu tetapi ia ditolak oleh wanita tersebut dengan dakwaan tidak mahu mengganggu rumah tangga orang.
"Datuk (Abdul Aziz) juga pernah melamar Siti Rohana sejak beberapa tahun lalu dan ia kerap disuarakan tetapi wanita itu enggan menerimanya," kata sumber itu ketika dihubungi semalam.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment