Showing posts with label Spekulasi. Show all posts
Showing posts with label Spekulasi. Show all posts

29 December 2010

Awang Bemee nafi spekulasi tidak pertahankan kerusinya

photo credit to borneo post
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka selama tiga penggal, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menafikan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya ne-geri akan datang.
“Saya tidak pernah menge-luarkan kenyataan bahawa saya tidak akan bertanding semula tetapi sudah tentu saya mem-biarkan kepimpinan parti (untuk membuat keputusan).
“Bagi saya, sekiranya dicalonkan semula saya akan melakukannya.
“Saya adalah penyandang dan dakwaan saya tidak akan mempertahankan kerusi adalah spekulasi semata-mata,” kata-nya selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Pingat Emas Tahunan Lembaga Pelabuhan Ku-ching, semalam.
Awang Bemee berkata, untuk bertanding atau tidak terletak di tangan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

06 August 2010

Spekulasi cinta tidak kesampaian

SHAH ALAM - "Hubungan Abdul Aziz dan Siti Rohana memang intim tetapi mengenai dakwaan mengatakan mereka ada hubungan cinta saya tiada komen."

Demikian kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Karang, Salbiah Shaari ketika diminta mengulas mengenai hubungan misteri antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dengan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati Selasa lalu.

Menurutnya, keintiman antara kedua-duanya tidak menimbul apa-apa reaksi pelik di kalangan rakan-rakan memandangkan umum sendiri mengetahui Siti Rohana merupakan pembantu peribadi Abdul Aziz.

"Sebab itu apabila orang sekeliling mula membincangkan hubungan antara kedua-duanya, lebih-lebih lagi selepas kejadian kemalangan itu, saya sendiri rasa hairan kerana apa yang hendak dicuriga kerana selama ini pun mereka memang rapat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, satu sumber memberitahu, Siti Rohana Ismat pernah dilamar oleh Abdul Aziz beberapa tahun lalu tetapi ia ditolak oleh wanita tersebut dengan dakwaan tidak mahu mengganggu rumah tangga orang.

"Datuk (Abdul Aziz) juga pernah melamar Siti Rohana sejak beberapa tahun lalu dan ia kerap disuarakan tetapi wanita itu enggan menerimanya," kata sumber itu ketika dihubungi semalam.

Sumber : Kosmo

Followers