BANGKOK - Seorang lelaki, Ichiro Ogushi yang didakwa memalsukan sijil kematian dirinya sendiri untuk mendapatkan bayaran wang insurans bernilai berjuta-juta ringgit telah ditangkap di Thailand atas dakwaan melanggar undang-undang imigresen selain mungkin berdepan tuduhan-tuduhan lain.
Menurut seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Pongdech Chaiyaprawat, dia ditahan di rumah teman wanitanya Khamis lalu. Sebelum ini dia berada dalam buruan polis selepas pihak imigresen mendapati sijil kematian yang diberikan kepada Kedutaan Jepun adalah palsu.
Menurut laporan polis, setelah syarikatnya di Jepun mengalami masalah kewangan, Ogushi dan seorang rakan sekerjanya mengambil keputusan untuk memalsukan kematiannya bagi memperoleh pampasan insurans sebanyak AS$5.8 juta (RM18.31 juta) Sebelum tiba di Thailand pada November lalu, dia telah menebus tiga polisi insurans selain satu insurans nyawa yang dicarumnya sejak remaja.
Polis menyatakan, Ogushi mengakui telah meminta rakannya yang merupakan seorang pemandu pelancong, Pattapong Sukanthi untuk membantunya memalsukan sijil kematian. Dia kemudian merancang supaya seorang lagi rakannya, Sumika Tomiyasu yang bekerja di sebuah syarikat pelancongan di Jepun menghantar sijil kematian dan abu mayat yang diambilnya dari sebuah tanah perkuburan ke pejabat Kedutaan Jepun di Bangkok.
Polis Thai turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Tomiyasu yang kini sudah kembali ke Jepun.
Penipuan itu terbongkar apabila Kedutaan Jepun menghubungi Polis Imigresen Thailand bagi tujuan pengesahan. Namun, rekod menunjukkan bahawa Ogushi telah beberapa kali melancong sekitar Thailand dan ke negara-negara jiran.
Para penyiasat Thailand kemudian pergi ke kawasan yang terkenal dengan aktiviti hiburan dan pelacuran di Bangkok yang sering dikunjungi oleh pelancong dan ekspatriat Jepun untuk mencari Oguchi.
Mereka akhirnya berjaya mendapatkan alamat rumah seorang kekasih Ogushi.
Apabila Ogushi didapati masih 'hidup' di rumah kekasihnya, dia serta-merta didakwa atas tuduhan tinggal melebihi tempoh visa.
Polis kini sedang mengumpul lebih banyak bukti daripada pihak berkuasa Jepun untuk dakwaan lain termasuk menipu. - AP
Sumber : Kosmo
Showing posts with label Kosmo. Show all posts

07 August 2010
Megan Fox pilihan Armani
NEW YORK - Megan Fox telah diumumkan sebagai wajah baru kosmetik jenama terkenal, Giorgio Armani. Aktres seksi itu yang sebelum ini terbabit sebagai model pakaian dalam Emporio Armani dan seluar jean jenama Armani Jeans bakal terbabit dalam kempen kosmetik Giorgio Armani pada hujung tahun ini dilaporkan begitu teruja.
"Giorgio Armani seorang ikon fesyen yang memiliki visi terhebat dalam dunia fesyen. Saya berasa amat berbangga untuk berkerjasama dengan beliau untuk kempen kosmetik," ujarnya.
Bintang berusia 24 tahun itu dipilih khusus oleh Armani berikutan pesona kecantikannya dan aura personalitinya yang menyerlah.
Jurucakap Armani dalam kenyataannya berkata: "Megan memiliki semangat wanita hari ini: bebas, yakin dan menggoda. Kecantikannya menyerlahkan ciri-ciri feminin."
Kempen iklan tersebut membabitkan jurugambar Craig McDean dengan solekan oleh Linda Cantello.
Awal tahun ini, Fox menonjolkan imej simbol seks dirinya apabila menggayakan dres mini sutera merah rekaan Giorgio Armani ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem lakonannya, Jonah Hex.

06 August 2010
UFO paling besar di Manchester
MANCHESTER - Sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) paling besar dalam sejarah dengan saiz 20 kali lebih besar daripada sebuah padang bola dilaporkan melintasi Lapangan Terbang Manchester, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekeping gambar lakaran UFO itu telah dihantar kepada Kementerian Pertahanan Britain oleh seorang pakar UFO pada 1995.
Fail sulit penemuan itu telah didedahkan kepada umum semalam.
Sebelum ini fail itu dan beberapa laporan mengenai imej UFO yang dilihat oleh orang ramai disimpan di kementerian itu sejak sekian lama.
Turut didedahkan ialah objek bercahaya yang dilihat dekat pangkalan Tentera Udara Diraja Britain di Woodbridge, Suffolk pada 1980.
Fail mengenai seorang lelaki yang mengesan ketibaan sekumpulan makhluk asing di Lancanshire pada 1997 turut didedahkan kepada orang ramai. - Agensi
Sumber: Kosmo

Spekulasi cinta tidak kesampaian
SHAH ALAM - "Hubungan Abdul Aziz dan Siti Rohana memang intim tetapi mengenai dakwaan mengatakan mereka ada hubungan cinta saya tiada komen."
Demikian kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Karang, Salbiah Shaari ketika diminta mengulas mengenai hubungan misteri antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dengan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati Selasa lalu.
Menurutnya, keintiman antara kedua-duanya tidak menimbul apa-apa reaksi pelik di kalangan rakan-rakan memandangkan umum sendiri mengetahui Siti Rohana merupakan pembantu peribadi Abdul Aziz.
"Sebab itu apabila orang sekeliling mula membincangkan hubungan antara kedua-duanya, lebih-lebih lagi selepas kejadian kemalangan itu, saya sendiri rasa hairan kerana apa yang hendak dicuriga kerana selama ini pun mereka memang rapat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, satu sumber memberitahu, Siti Rohana Ismat pernah dilamar oleh Abdul Aziz beberapa tahun lalu tetapi ia ditolak oleh wanita tersebut dengan dakwaan tidak mahu mengganggu rumah tangga orang.
"Datuk (Abdul Aziz) juga pernah melamar Siti Rohana sejak beberapa tahun lalu dan ia kerap disuarakan tetapi wanita itu enggan menerimanya," kata sumber itu ketika dihubungi semalam.

Pemilik Starbucks dedah kisah sedih
HARLEM, New York - Pemilik rangkaian kafe minuman kopi terkemuka Starbucks, Howard Schultz mendedahkan latar belakang kehidupannya pada satu temu ramah eksklusif, lapor akhbar Daily Mirror semalam.
Bakal menyambut ulang tahun ke-40 Starbucks tahun depan, Schultz yang kini seorang bilionair membesar dalam keluarga miskin di Brooklyn.
Dia pernah tinggal di kawasan perumahan subsidi Canarsie untuk golongan miskin.
Bapanya, Fred ialah bekas askar tidak berpelajaran yang menyara hidup dengan memandu trak.
Keadaan bertambah buruk apabila Fred mengalami masalah patah kaki yang serius pada tahun 1961.
Justeru ibu Schultz, Elaine meletakkan harapan tinggi terhadapnya dan dua orang adiknya, Ronnie and Michael.
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Xerox dan rumah gudang Hammarplast.
Semasa bekerja di Hammarplast, Schultz menyedari kewujudan sebuah kedai menjual biji kopi di Seattle.
Nasibnya berubah sewaktu melawat Milan, Itali pada tahun 1981 dan mendapati kedai kopi di negara itu berperanan sebagai hab sosial seperti bar di AS.
Setahun kemudian dia menyertai Starbucks tetapi ibunya menangis dengan keputusan itu.
"Sebuah syarikat kedai kopi?Adakah anda gila? Siapakah yang mahu membeli kopi," kata Schultz yang mendedahkan komen ibunya itu.
Dia kemudian menukarkan kedai kopi Starbucks menjadi sebuah perniagaan besar.
Schultz menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pertama pada 1987.
Kini, Starbucks menggaji 172,000 orang pekerja di lebih 16,000 cawangan di seluruh dunia.
Di Amerika Syarikat (AS), Starbucks menjadi syarikat pertama yang menyediakan penjagaan kesihatan secara percuma kepada pekerja sambilannya.
Schultz menyatakan inisiatif itu berasaskan kepada pengalaman pahit bapanya. - Agensi

Labels:
Berita Dunia,
Kosmo,
Pengalaman,
Starbuck
Subscribe to:
Posts (Atom)