KUCHING: Atas dorongan ingin hidup dengan teman wanitanya, seorang suami sanggup lari meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa sebarang berita.
Lantas, isteri tersebut yang hanya dikenali sebagai Tini, 37, dari Jalan Astana, Kuching menuntut cerai taklik daripada suaminya, Zamri, 40, di Mah-kamah Rendah Syariah di sini semalam.
Tini memberitahu bahawa suaminya lari dari rumah sejak 22 Februari 2007 sehinggalah sekarang.
“Dia lari meninggalkan kami anak-beranak semata-mata ma-hu bersama teman wanitanya.
“Selama tempoh ditinggalkan, dia tidak pernah menghantar atau mengirim wang perbelanjaan kepada kami anak-beranak yang menyebabkan saya sendiri mencari wang demi memberi makan anak-anak saya,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada 15 September 1994 dan dikurniakan lima anak.
Tini berkata, sejak ditinggalkan oleh suaminya, dia terpaksa menumpang di rumah ibunya.
“Dia tidak meninggalkan se-sen pun wang kepada kami anak-beranak,” katanya dalam keadaan sayu.
Setelah mendengar keterangan, Hakim Syarie menasihati Tini agar berusaha mencari suaminya bagi memudahkan pro-ses perceraiannya.
Hakim Syarie berkata demikian ekoran keterangan Tini tidak kukuh bagi membantu dalam tuntutannya itu.
Tini hadir bersama peguamnya Abdullah Abu Mat Su’uad manakala Zamri tidak hadir dan tidak diwakili peguam.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Murshidi Jaya yang menetapkan 29 Julai akan datang bagi sebutan semula.
Source : BorneoPost Online
Source : BorneoPost Online
No comments:
Post a Comment