Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

30 July 2010

APA Salah Anak itu???

Salam untuk semua pengunjung..
Untuk hari ini, saya hanya ingin meluahkan sedikit kekesalan dan keluhan dengan apa yang menimpa masyarakat kita masa kini. Seperti kejadian baru-baru ini, pembuangan bayi telah menjadi isu yang hangat diperkatakan. tidak cukup dengan itu, bayi pula diperdagangan kan. Saya sendiri tidak faham kenapa manusia tergamak melakukan perkara yang bukan hanya SALAH disisi AGAMA malah UNDANG-UNDANG. Apakah yang difikirkan oleh mereka-mereka yang tidak berperikemanusiaan ini? adakah semua ini dilakukan semata-mata duit? atau untuk menjaga maruah keluarga kerana melahirkan anak luar nikah dan tidak mempunyai bapa yang mahu bertanggungjawab?

Ketika membaca surat khabar dan melihat dalam TV tentang pembuangan bayi di negara kita ini, saya terkedu seketika. Untuk beberapa saat lidah saya menjadi kelu. Sungguh tidak percaya bahawa pembuangan bayi dan perdagangan bayi ini berlaku di negara kita. Ada pula yang sanggup membuang bayi dalam tong sampah dan dibalut pula dalam surat khabar. Apakah bayi itu sama dengan sampah? Bayi adalah satu nyawa yang tidak ternilai harganya bukan untuk dibuang macam sampah atau diperdagang seperti barang.  

akan bersambung......

08 July 2010

Bapa kepada dua anak ditemui mati tergantung

KUCHING: Seorang bapa kepada dua orang anak dipercayai membunuh diri apabila ditemui tergantung pada sebuah jambatan berhampiran rumahnya semalam.

Mayat mangsa yang berusia 23 tahun tersebut, ditemui oleh penduduk kampung sekitar 7.30 pagi tergantung dengan tali yang terikat pada rel jambatan tersebut yang terletak di Samariang Pinggir.



Pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menyiasat dan kemudiannya menghantar mayat tersebut ke rumah mayat untuk dibedah siasat.


Dikatakan si mati mengalami tekanan perasaan selepas terlibat dalam pertengkaran dengan isterinya bersabit isu rumah tangga mereka pada malam sebelum kejadian.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam sebuah kes berasingan, seorang ibu mengamuk apabila gaji anak perempuannya dipotong oleh majikannya yang akhirnya menyebabkan kerugian berjumlah RM1,500 dari segi nilai kerosakan di sebuah kedai menjual pakaian kanak-kanak, Isnin lepas.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7 malam apabila wanita tersebut tiba di kedai baju tersebut yang terletak di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim di mana anaknya yang berusia 15 tahun bekerja secara sambilan.

Berbekalkan gunting, wanita tersebut mengamuk dan mula menggunting hampir 30 pakaian kanak-kanak di hadapan pekerja-pekerja lain yang dalam keadaan terkejut sebelum meninggalkan kedai tersebut.

Pemilik kedai tersebut yang berusia 30-an kemudiannya membuat laporan polis dan memberitahu pihak polis bahawa ibu pekerjanya itu marah disebabkan gaji anaknya dipotong.


Sumber: BorneoPost Online

01 July 2010

Suami sanggup tinggal isteri, lima anak demi teman wanita

KUCHING: Atas dorongan ingin hidup dengan teman wanitanya, seorang suami sanggup lari meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa sebarang berita.

Lantas, isteri tersebut yang hanya dikenali sebagai Tini, 37, dari Jalan Astana, Kuching menuntut cerai taklik daripada suaminya, Zamri, 40, di Mah-kamah Rendah Syariah di sini semalam.

Tini memberitahu bahawa suaminya lari dari rumah sejak 22 Februari 2007 sehinggalah sekarang.

“Dia lari meninggalkan kami anak-beranak semata-mata ma-hu bersama teman wanitanya.

“Selama tempoh ditinggalkan, dia tidak pernah menghantar atau mengirim wang perbelanjaan kepada kami anak-beranak yang menyebabkan saya sendiri mencari wang demi memberi makan anak-anak saya,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 15 September 1994 dan dikurniakan lima anak.

Tini berkata, sejak ditinggalkan oleh suaminya, dia terpaksa menumpang di rumah ibunya.

“Dia tidak meninggalkan se-sen pun wang kepada kami anak-beranak,” katanya dalam keadaan sayu.

Setelah mendengar keterangan, Hakim Syarie menasihati Tini agar berusaha mencari suaminya bagi memudahkan pro-ses perceraiannya.

Hakim Syarie berkata demikian ekoran keterangan Tini tidak kukuh bagi membantu dalam tuntutannya itu.

Tini hadir bersama peguamnya Abdullah Abu Mat Su’uad manakala Zamri tidak hadir dan tidak diwakili peguam.

Kes tersebut didengar di  hadapan Hakim Syarie Murshidi Jaya yang menetapkan 29 Julai akan datang bagi sebutan semula.

Source : BorneoPost Online

Followers