Showing posts with label teman wanita. Show all posts
Showing posts with label teman wanita. Show all posts

19 July 2010

Jenis wanita dielak lelaki

SEMEMANGNYA sukar untuk mengenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun wanita pada pertemuan pertama. Masa dan ruang amat diperlukan untuk memahami perasaan dan pandangan insan yang ingin didekati itu.

Tanpa komunikasi yang efektif, mungkin payah untuk seseorang meramal sifat atau perangai seseorang yang lain. Perbualan di telefon bimbit, penghantaran mesej ringkas atau e-mel sebenarnya belum cukup untuk memahami soal sikap dan sifat.

Ramai pasangan kekasih mengalami kesukaran seumpama ini pada awal perhubungan. Perasaan bimbang dan curiga mungkin boleh timbul apabila memikirkan tentang pilihan yang hendak dibuat.

Pesona Kosmo! minggu ini memberi panduan tentang beberapa sifat wanita untuk dijadikan panduan lelaki. pada masa yang sama, golongan wanita juga boleh bermuhasabah diri melaluinya.


Wanita manja

Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.

Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya.
Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.

Wanita benci lelaki 

Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.

Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata.

Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki.

Wanita karier

Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki.

Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka.

Wanita banyak cakap

Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.

Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata.

Selalunya wanita dituduh dengan istilah 'banyak cakap' itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai.

Sumber : kosmo

01 July 2010

Suami sanggup tinggal isteri, lima anak demi teman wanita

KUCHING: Atas dorongan ingin hidup dengan teman wanitanya, seorang suami sanggup lari meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa sebarang berita.

Lantas, isteri tersebut yang hanya dikenali sebagai Tini, 37, dari Jalan Astana, Kuching menuntut cerai taklik daripada suaminya, Zamri, 40, di Mah-kamah Rendah Syariah di sini semalam.

Tini memberitahu bahawa suaminya lari dari rumah sejak 22 Februari 2007 sehinggalah sekarang.

“Dia lari meninggalkan kami anak-beranak semata-mata ma-hu bersama teman wanitanya.

“Selama tempoh ditinggalkan, dia tidak pernah menghantar atau mengirim wang perbelanjaan kepada kami anak-beranak yang menyebabkan saya sendiri mencari wang demi memberi makan anak-anak saya,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 15 September 1994 dan dikurniakan lima anak.

Tini berkata, sejak ditinggalkan oleh suaminya, dia terpaksa menumpang di rumah ibunya.

“Dia tidak meninggalkan se-sen pun wang kepada kami anak-beranak,” katanya dalam keadaan sayu.

Setelah mendengar keterangan, Hakim Syarie menasihati Tini agar berusaha mencari suaminya bagi memudahkan pro-ses perceraiannya.

Hakim Syarie berkata demikian ekoran keterangan Tini tidak kukuh bagi membantu dalam tuntutannya itu.

Tini hadir bersama peguamnya Abdullah Abu Mat Su’uad manakala Zamri tidak hadir dan tidak diwakili peguam.

Kes tersebut didengar di  hadapan Hakim Syarie Murshidi Jaya yang menetapkan 29 Julai akan datang bagi sebutan semula.

Source : BorneoPost Online

Followers