23 October 2010

Tamatkan perang psikologi

KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan UMNO meminta kesemua parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA dan MIC menamatkan perang psikologi antara mereka serta-merta dan tidak lagi menyebut tentang hak orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, ahli Majlis Tertinggi (MT) khususnya Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertindak sebagai komander politik kepada kerajaan BN dalam mengawasi perkara itu.

Semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, Jalaluddin membidas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kelmarin yang mengatakan bahawa soal kontrak sosial tidak harus dibincangkan secara terbuka.

Jalaluddin berkata, kenyataan Presiden UMNO berhubung kontrak sosial kelmarin sebenarnya dibincangkan secara tertutup kerana ia dilakukan pada perhimpunan Melayu yang memperjuangkan hak orang Melayu di tanah air.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Followers