Sungai Rajang semakin cetek hingga menyebabkan kos pengangkutan meningkat tiga kali ganda
SONG: Kerja-kerja penaku-ngan air di Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun) tidak akan diberhentikan walaupun paras air di Sungai Rajang kini semakin cetek.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menghentikan kerja-kerja penakungan air walaupun paras air sungai itu ketika ini semakin cetek, terutama di bahagian hulu.
Awang Tengah menjelaskan, kerajaan mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan untuk memulakan kerja-kerja penakungan air di Empangan Bakun yang bermula pada 13 Oktober lalu.
“Mengikut kajian sebelumnya, kerajaan mengandaikan ketika ini musim hujan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaiknya. Ini adalah di luar jangkaan kita semua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Rehat Song di sini, pagi semalam.
“Kita berharap agar hujan turun untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
“Tetapi kita akan tetap melepaskan air dari takungan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata sejumlah air juga telah dilepaskan daripada Empangan Bakun itu bagi mengekalkan paras di Sungai Rajang kepada 43 aras laut purata (MSL).
“Paras terendah yang dicatatkan adalah di antara Kapit dan Belaga iaitu pada 41 MSL. Walaupun bot ekspres dan bot kargo tidak dapat mudik ke Belaga namun sungai itu masih dapat dilalui oleh perahu,” katanya.
Awang Tengah berkata kerajaan negeri juga akan mendapatkan bantuan daripada kontraktor dan sektor swasta jika keadaan memerlukan.
Proses penakungan itu dijangka mengambil masa tujuh bulan dan dua minggu bagi mencapai paras ketinggian yang dikehendaki iaitu setinggi bangunan 44 tingkat meliputi kawasan seluas 69,000 hektar.
Sebelum itu, Residen Kapit, Dahim Nadot ketika ditemui untuk mengulas perkara yang sama, berkata kawasan yang paling teruk terjejas ialah dari kawasan Merit hingga ke hulu (ke pekan Belaga).
Katanya masalah paras sungai yang cetek dan deras ini telah menjejaskan perkhid-matan pengangkutan.
“Keadaan menyebabkan kos pengangkutan untuk menghantar bekalan makanan ke sekolah di kawasan yang terjejas telah meningkat tiga kali ganda berbanding waktu biasa,” katanya.
Tambahnya, kos ini meningkat kerana penghantaran perlu dilakukan melalui jalan kem pembalakan disebabkan bot ekspres tidak dapat beroperasi dan sukar untuk melalui beberapa bahagian terutama kawasan yang berjeram berikutan air Sungai Rajang yang semakin cetek.
Dahim berkata, pihaknya dalam proses menyiapkan laporan untuk memaklumkan kepada Jawatankuasa
Bencana Alam Negeri tentang ke-susahan yang dialami oleh penduduk yang berada di kawasan yang terjejas.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Awang Tengah berkata kajian yang lebih lanjut akan diadakan untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya kejadian himpunan kayu hanyut di sungai yang sama pada 7 Oktober lepas.
“Kajian awal kita menunjukkan hujan lebat merupakan antara sebab utama yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan seterusnya mencetuskan fenomena tersebut.
“Namun kita menunggu hasil kajian yang lebih terperinci yang sedang dilakukan pada masa ini,” katanya
Sumber :BorneoPost Online
No comments:
Post a Comment