Bulan mengandungi perak
Penemuan itu yang akan disiarkan dalam jurnal Science adalah berdasarkan analisis data daripada Satelit Pengesanan Dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang terhempas di bulan pada tahun lalu.
Satelit LCROSS itu sengaja dihempaskan ke kawah Cabeus yang menghasilkan debu setinggi 10 kilometer di bulan dalam satu eksperimen bagi mengumpul maklumat mengenai ais yang dipercayai tersembunyi di bawah permukaan kawah bulan.
Saintis-saintis semalam menyatakan, mereka turut menemui hidrokarbon ringan, sulfur dan CO2 dalam debu yang terhasil selepas satelit itu terhempas.
Komponen-komponen debu berkenaan dianalisis oleh sebuah kapal angkasa lain dikenali sebagai Pengorbit Peninjau Bulan (LRO) yang mengekori LCROSS untuk mengumpul data.
Menurut saintis, terdapat kuantiti kristal ais di bulan yang mencukupi untuk digunakan sebagai air minuman atau bahan bakar oleh manusia.
Selain kristal ais, saintis-saintis turut menemui banyak logam ringan dalam debu-debu itu termasuk perak, sodium dan raksa. - Dpa
Sumber : Kosmo
Stewie kucing terpanjang di dunia
LAS VEGAS - Seekor kucing yang berusia lima tahun telah memecahkan rekod dunia Guinness sebagai kucing domestik paling panjang di dunia. Kucing tersebut yang diberi nama Stewie diukur dari hujung hidungnya ke hujung ekor sepanjang 1.23 meter.
Rekod kucing terpanjang sebelum ini adalah 1.21 meter.
Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, memberitahu, ramai orang terpegun dengan kepanjangan kucing itu. - AP
Sumber : Kosmo
Lembu terkecil di dunia
LONDON - Seekor lembu kerdil yang meminati muzik kontemporari dinamakan sebagai lembu terkecil di dunia oleh Guinness World Records, lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak pengurusan Guinness menyatakan, lembu sebesar seekor biri-biri itu berasal dari kawasan Yorkshire Barat, utara England dan berukuran 84 sentimeter panjang.
Lembu tersebut berusia 11 tahun dan dinamakan Swallow.
Pemiliknya, Caroline Ryder berkata, Swallow kerap menghabiskan masa dengan memakan rumput atau mendengar radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di bangsalnya.
Swallow berasal dari baka lembu Dexter yang terkenal kerana saiznya yang kerdil tetapi haiwan tersebut jauh lebih kecil berbanding kebanyakan lembu Dexter lain. - AP
Sumber : Kosmo
Pulau tenggelam setiap kali bulan mengambang
JAKARTA - Dua buah pulau di Sumenap, Madura, Indonesia akan tenggelam setiap kali bulan mengambang, lapor sebuah akhbar semalam.Kepulauan Kangean dan Pulau Saobi akan ditenggelami air laut setinggi 20 sentimeter menyebabkan penduduk berasa tidak selesa ekoran situasi itu.
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), Badrul Aini menyatakan semua tanah di kedua-dua pulau itu akan ditenggelami air laut apabila bulan mengambang.
"Yang paling buruk terjadi (ditenggelami air laut) pada bulan September sampai November," kata Badrul kepada wartawan di pejabat DPRD Sumenep, Jalan Trunojoyo.
Menurut ahli politik itu yang berasal dari Pulau Kangean, tiada projek untuk menahan kemasukan air laut di kedua-dua pulau tersebut.
Penggalian atau pengambilan pasir secara haram turut berlaku di pulau itu selain tiada projek untuk menanam semula pohon bakau bagi mengelak hakisan. - Agensi
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment