“Sepanjang perkhidmatan beliau lebih daripada 15 tahun sebagai wakil rakyat di kawasan ini, beliau telah banyak menyelesaikan isu tanah dan pembangunan selain turut berjuang untuk mempertingkatkan tahap ekonomi penduduk.Berita selanjutnya klik Di sini
25 March 2011
Masyarakat di Beting Maro mahu Bolhassan dicalonkan semula
24 March 2011
Rakyat Perlu Nilai Integeriti Pemimpin Pembangkang - Mustapa
KOTA BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat menilai sendiri tanpa perlu dipengaruhi mana-mana pihak, integriti pemimpin pembangkang yang dikaitkan isu moral.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, rakyat akhirnya boleh menghukum pemimpin itu jika terbukti memang benar telah melakukan kesalahan moral.
"Sebagai rakyat, tentunya mereka mahu pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah negara.
"Kita mahu rakyat sendiri yang menilai buruk baiknya seseorang pemimpin yang mereka pilih," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena meraikan perpisahan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Lt Kol Hamdan Othman ke Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur di sini, Selasa malam.

23 March 2011
Tarikh Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10
Pilihanraya negeri Sarawak yang ke-10 telah ditetapkan oleh Suruhanjaya pilihan raya(SPR) pada 16 April dan 6 April tarikh untuk penamaan calon.
20 March 2011
DUN Sarawak Dibubarkan Esok.
Abdul Taib tetap bertanding, terajui kempen BN menangi pilihan raya.
“Selepas itu (pilihan raya), saya akan serahkan kepemimpinan kepada satu pasukan yang boleh bekerja dengan semua kaum... Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Saya sudah lama berkhidmat dan tahu akan tiba satu ketika saya harus pergi,” katanya dan memberi jaminan cita-cita membangunkan seluruh Sarawak tidak akan mati walaupun sudah bersara.Baca Berita selanjutnya di Sini
18 March 2011
Mayat bayi yang mati selepas disuntik ubat digali semula
BINTULU: Mayat bayi yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebuan Besar digali semula untuk bedah siasat sekitar jam 2.45 petang atas perintah Mahkamah Majistret semalam.
Proses penggalian mayat bayi itu oleh pihak polis selesai pada jam 2.50 petang sebelum dibawa ke kenderaan polis seterusnya ke Bilik Mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.
Bayi yang meninggal dunia itu merupakan bayi perempuan yang belum dinamakan dan laporan untuk menggali mayat bayi itu telah dipohon oleh bapa kepada bayi tersebut,
Awang Azemi Awang Iri, 45, di Pusat Sehenti Polis pada jam 3.31 petang 15 Mac lalu. Beliau yang bekerja sebagai pemandu jentera berat dalam laporannya berkata pada 14 Mac kira-kira jam 4.30 petang, beliau
telah menerima panggilan telefon daripada isterinya, Jaita Julaihi, 39, yang memaklumkan kepadanya bahawa anak perempuan mereka yang baru dilahirkan dua hari sebelumnya telah meninggal dunia selepas menerima suntikan ubat daripada jururawat di Hospital Bintulu kerana disyaki dijangkiti kuman sedangkan anaknya kelihatan sihat.
Bapa yang juga pengadu tidak puas hati lalu membuat laporan polis dan rujukan pihak hospital di Pusat Sehenti Polis.
Siasatan telah dijalankan oleh Inspektor Peterson Ray Tang dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu Mematikan Orang Dengan Salah.
Permohonan penggalian mayat oleh pihak polis disebabkan pengadu dan saksi menyatakan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan kesalahan suntikan ubat melalui tangan iaitu melalui salur darah.
Pengadu berkata, anaknya sihat sebelum disuntik ubat dan penggalian itu juga adalah untuk mengadakan bedah siasat ke atas mayat si mati oleh pegawai perubatan bagi mengenal pasti punca kematian.
Atas sebab-sebab itu Jabatan Siasatan Jenayah telah membuat permohonan perintah mahkamah di bawah Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah untuk menggali mayat yang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebuan Besar Bintulu dalam tempoh tujuh hari.
Kelmarin, Majistret Ahmad Dzulfadzli Hamdan di Mahkamah Majistret Bintulu telah meluluskan p e rmo h o n a n p e g awa i penyiasat dalam tempoh tujuh hari itu sebelum 23 Mac untuk siasatan lanjut kes terbabit.
Sementara itu, Majistret Ahmad Dzulfadzli turut berada di tanah perkuburan semasa proses penggalian mayat bayi yang belum dinamakan itu semalam.
Dalam pada itu, pengadu juga mempunyai empat anak lain yang terdiri daripada dua perempuan dan dua lelaki.
Sumber : BorneoPost Online

09 March 2011
Baru Bian tidak patut mendabik dada mahu berdebat dengan KM
KUCHING: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Baru Bian tidak harus memandang tinggi diri-nya serta mendabik dada dengan membuat tuntutan agar Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berdebat dengannya.
Hakikat bahawa beliau sekadar seorang ahli jawatankuasa lantikan me-nunjukkan beliau tidak ada justifikasi untuk membuat tuntutan sedemikian.
Setiausaha Pemuda PBB Ba’ Kelalan, Richard Silo berkata, pihak parti sudah cukup prihatin untuk melayan permintaannya bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

02 February 2011
Sikap bohong, khianat Anwar punca anggota PKR ”chow liao”
MUAR 2 Feb. – Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu ”chow liao” atau cabut lari beramai-ramai, terbaru adalah Ahli Parlimen (MP) Padang Serai, N. Gobalakrishnan, yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.
"Semua pengasas bersama sudah ”chow liao”, lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.
"Terbaru Gobalakrishnan... mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara,” katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, BN tidak gentar dengan hasrat
Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.
Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya. – Bernama
Sumber : Utusan Malaysia Online

Subscribe to:
Posts (Atom)