KUCHING: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Baru Bian tidak harus memandang tinggi diri-nya serta mendabik dada dengan membuat tuntutan agar Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berdebat dengannya.
Hakikat bahawa beliau sekadar seorang ahli jawatankuasa lantikan me-nunjukkan beliau tidak ada justifikasi untuk membuat tuntutan sedemikian.
Setiausaha Pemuda PBB Ba’ Kelalan, Richard Silo berkata, pihak parti sudah cukup prihatin untuk melayan permintaannya bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Bagaimanapun, dari-pada berpura-pura menjadi wira rakyat Sarawak dengan menuntut perde-batan dengan presiden kami, beliau seharusnya terdahulu berdebat dengan kami di Ba’ Kelalan,” kata-nya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, memandangkan Baru ingin sekali bertanding di Ba’ Kelalan dalam pilihan raya negeri akan datang, beliau sewajarnya berdebat dengan wakil parti di konstituensi tersebut.
Menurutnya, PBB Ba’ Kelalan amat mengenali Baru secara peribadi ke-rana beliau pernah tiga kali bertanding di konstituensi itu.
“Beliau tewas dalam ketiga-tiga cubaan itu kerana kami di Ba’ Kelalan amat mengenalinya. Ramai orang di Sarawak tidak menge-nalinya seperti kami.
“Maka, kami ingin me-ngeluarkan cabaran kepadanya untuk mengadakan perdebatan terbuka dengan kami mengenai kemajuan di konstituensi Ba’ Kelalan,” katanya lagi.
Beliau menambah, Baru mesti menunjukkan bukti kukuh mengenai pembangunan yang beliau telah bawa ke konstituensi mereka dan bukan sekadar mengeluarkan retorik semasa perdebatan.
Richard yang juga Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, Baru harus berdebat mengenai sumbangannya di konstituensi mereka sebelum melakukan cubaan untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa beliau adalah wira rakyat Sarawak.
Beliau berkata, pemim-pin politik biasanya bermula dari peringkat konstituensi sebelum memperluaskan skop pembabitannya dalam politik.
“Justeru, kami meminta beliau membuktikan ke-wibawaannya di konstituensi Ba’ Kelalan terlebih dahulu sebelum mencuba untuk menjadi wira politik di mata rakyat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Belaga, Henry Kilah Talek yang juga Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, beliau merasa malu dengan Baru kerana menuntut perdebatan dengan Taib yang sudah banyak membantu masyarakat mereka.
“Sebagai Orang Ulu, saya merasakan ia tidak wajar baginya untuk menjadi wira sedangkan Ketua Menteri telah membantu masyarakat kami.
“Sebenarnya, saya berasa malu dengan cabarannya yang seakan-akan memperkecilkan kepimpinan seorang individu yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan negeri ini,” katanya.
sumber Borneo post
No comments:
Post a Comment