KOTA BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat menilai sendiri tanpa perlu dipengaruhi mana-mana pihak, integriti pemimpin pembangkang yang dikaitkan isu moral.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, rakyat akhirnya boleh menghukum pemimpin itu jika terbukti memang benar telah melakukan kesalahan moral.
"Sebagai rakyat, tentunya mereka mahu pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah negara.
"Kita mahu rakyat sendiri yang menilai buruk baiknya seseorang pemimpin yang mereka pilih," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena meraikan perpisahan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Lt Kol Hamdan Othman ke Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur di sini, Selasa malam.
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
24 March 2011
30 January 2011
Kenyataan Nik Aziz Menyinggung Seluruh Umat Islam
LABIS, 28 Jan (Bernama) -- Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong Pas. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.
"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang Pas makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon pada pilihan raya.
Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
