31 July 2010

Misteri wajah manusia di planet Marikh terlerai

HOUSTON - Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu mencetuskan teori konspirasi kononnya Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merahsiakan bahawa Marikh sudah memiliki tamadun tersendiri.

Namun, gambar wajah manusia itu dirakamkan kembali oleh sebuah kapal angkasa peninjau pada 25 Julai lalu dari jarak 1,873 kilometer dengan menggunakan kamera definisi tinggi HiRise.

Gambar terbaru itu mendedahkan wajah asal tersebut disebabkan sudut pantulan cahaya matahari yang membentuk lengkok kawah permukaan. - Agensi

Sumber : Kosmo

Misteri makhluk aneh di Britain

EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.

Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).

Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi

Sumber : Kosmo

30 July 2010

APA Salah Anak itu???

Salam untuk semua pengunjung..
Untuk hari ini, saya hanya ingin meluahkan sedikit kekesalan dan keluhan dengan apa yang menimpa masyarakat kita masa kini. Seperti kejadian baru-baru ini, pembuangan bayi telah menjadi isu yang hangat diperkatakan. tidak cukup dengan itu, bayi pula diperdagangan kan. Saya sendiri tidak faham kenapa manusia tergamak melakukan perkara yang bukan hanya SALAH disisi AGAMA malah UNDANG-UNDANG. Apakah yang difikirkan oleh mereka-mereka yang tidak berperikemanusiaan ini? adakah semua ini dilakukan semata-mata duit? atau untuk menjaga maruah keluarga kerana melahirkan anak luar nikah dan tidak mempunyai bapa yang mahu bertanggungjawab?

Ketika membaca surat khabar dan melihat dalam TV tentang pembuangan bayi di negara kita ini, saya terkedu seketika. Untuk beberapa saat lidah saya menjadi kelu. Sungguh tidak percaya bahawa pembuangan bayi dan perdagangan bayi ini berlaku di negara kita. Ada pula yang sanggup membuang bayi dalam tong sampah dan dibalut pula dalam surat khabar. Apakah bayi itu sama dengan sampah? Bayi adalah satu nyawa yang tidak ternilai harganya bukan untuk dibuang macam sampah atau diperdagang seperti barang.  

akan bersambung......

27 July 2010

Kebakaran Gereja disengajakan menggunakan petrol - Ahli kimia

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu kebakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati disebabkan perbuatan yang disengajakan dengan menggunakan petrol.

Ahli Kimia Shaari Desa, 43, berkata, ini terbukti dengan kesan petrol diperoleh dari bekas plastik yang dijumpai dalam gereja tersebut ketika membuat pemeriksaan pada 8 Januari lalu.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian kira-kira pukul 4.35 petang didapati kebakaran berlaku di tingkat bawah bangunan tiga tingkat tersebut dengan kebakaran kuat dikesan pada ruang berhadapan dengan pintu masuk utama.

"Pemeriksaan selanjutnya mendapati kesan-kesan tompokan kehitaman pada lantai di ruang tersebut yang konsisten dengan kesan disebabkan bahan penggalak kebakaran.

"Berdasarkan analisis didapati terdapat kesan petrol pada bekas plastik, tiada sebarang hidrokarbon mudah terbakar dikesan pada masa kebakaran dan pada penutup botol (dijumpai di tempat kejadian). Didapati juga tiada sebarang kesan pecahan kaca atau benda asing lain yang penting pada ”adjustable spanner”,” katanya.

”Adjustable spanner” adalah salah satu barang kes yang didakwa digunakan untuk memecahkan cermin.

Dalam perbicaraan ini, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24; adiknya Raja Mohamad Idzham, 22; dan Azuwan Shah Ahmad, 23; didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4C, Desa Melawati pukul 11.50 malam, 7 Januari lepas.

Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penghantar surat didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Shaari berkata, berdasarkan kepada kerosakan kebakaran dan penemuan petrol pada serpihan kayu, beliau berpendapat kebakaran tersebut adalah disengajakan.

Ditanya peguam Datuk Haniff Hashim yang mewakili Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Idzham adakah kehadiran orang ramai di tempat kejadian mengganggu penyiasatannya, Shaari berkata: “Kehadiran orang ramai banyak mempengaruhi penyiasatan saya di tempat kejadian kerana mungkin banyak pencemaran pada bila-bila masa.” 

Bagaimanapun, katanya, keputusan penyiasatan kes kebakaran itu (perbuatan disengajakan) adalah berdasarkan fakta dan bahan bukti.

Perbicaraan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah disambung esok. - Bernama


Sumber : Kosmo

Bukan porno Katrina

JIKA di Indonesia topik pornografi selebriti menjadi bahan utama setiap hari, nampaknya ia mula menular di Bollywood apabila aktres Katrina Kaif dikatakan mempunyai sebuah video porno dengan beberapa orang lelaki yang sedang hangat disebarkan di Internet.

Spekulasi video porno aktres itu muncul selepas kononnya adiknya, Isabel juga terlibat dalam video porno sebelum ini.

Menggunakan judul namanya, Kartina bagaimanapun menafikan dakwaan dia mempunyai video porno yang kini mendapat muat turun paling banyak sambil menyifatkan ia adalah perbuatan yang jijik.

Video tersebut menunjukkan wajah seorang wanita yang mirip dengan aktres tersebut membuka satu demi satu bikininya sebelum memulakan pesta seks dengan beberapa lelaki. 

Walau tahu itu bukan Katrina, masih ramai yang percaya dan berdebat mengenai penglibatannya dalam video porno.

“Video itu amat menjijikkan saya. Ia bukan saya. Jadi tolong jangan sebarkan spekulasi lagi,” tegas Katrina yang ternyata berang dengan pertuduhan tersebut.

Sumber : Kosmo

Kes 'berlian darah' Naomi Campbell ditangguh

THE HAGUE - Sebuah mahkamah jenayah perang semalam telah menangguhkan untuk mendengar keterangan supermodel, Naomi Campbell mengenai 'berlian darah' yang diterimanya daripada bekas Presiden Liberia Charles Taylor pada tahun 1997.

Campbell sepatutnya memberi kenyataan pada Khamis ini selepas Mahkamah Khas Sierra Leone (SCSL) mengeluarkan sepina untuk dia tampil namun peguamnya memohon untuk ditangguhkan. 

"Hakim telah meluluskan permohonan penangguhan tarikh testimoni bagi perbicaraan Charles Taylor dengan harapan tidak akan ada penangguhan lagi," kata satu kenyataan mahkamah.

Taylor telah dibicarakan sejak tahun 2008 di atas peranannya dalam perang sivil di Sierra Leone, yang dituduh menggunakan pemberontak bagi perlombongan haram berlian. Campbell akan memberi keterangan mengenai dakwaan oleh bekas ejennya, Carole White dan pelakon, Mia Farrow, bahawa Taylor telah memberikannya berlian pada makan malam selebriti yang dianjurkan oleh bekas Presiden Afika Selatan, Nelson Mandela pada September 1997. - AFP

Sumber : Kosmo

Kijan, Angeline, Sih, Tengku dilantik Setiausaha Politik KM

KUCHING: Kaunselor Kijan Toynbee @ Ipang, Angeline Umih Tujoh, Sih Hua Tong dan Tengku Gruna semalam dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Majlis angkat sumpah dan menandatangani surat rahsia serta penyampaian watikah pelantikan kepada Kijan, Angeline, Sih dan Tengku semalam disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Upacara tersebut diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, semalam.

Kijan berusia 54 tahun, berasal dari Bario dan berbangsa Kelabit.

Beliau berkhidmat sebagai kaunselor bandar Miri selama 15 tahun.

Beliau juga merupakan naib pengerusi Wanita Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Pusat.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan pengerusi Wanita SPDP Piasau Miri dan pengerusi Wanita Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia.

Manakala Angelina daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan ahli Majlis Ter- tinggi Wanita PRS.

Sih, 46, merupakan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Manakala Tengku, 50, berasal dari Song merupakan  Juruaudit Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Song.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pelantikan empat muka baru itu diyakini akan mengukuhkan lagi kestabilan politik di negeri ini.

Keyakinan beliau itu disuara-kan ekoran pengalaman luas mereka dalam bidang masing-masing.

“Saya sangat gembira dengan pelantikan setiausaha politik Ketua Menteri yang baru, yang menjadikan jumlah kesemuanya ialah 23 orang terma-suk 19 muka lama.

“Tahniah kepada semua mereka atas pelantikan dan saya berharap mereka akan memberi komitmen terbaik kepada kerjaya baru,” katanya ketika dihubungi semalam.


Bagi muka lama yang dilantik semula, beliau mahu mereka terus komited kepada tugas dan pada masa sama menjalinkan kerjasama baik dengan muka-muka baru dalam barisan jawatan tersebut.

Sumber : BorneoPost Online

Followers