06 January 2012

Rakyat S’wak diseru tidak terlibat kempen Bebaskan Anwar 901

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru supaya tidak melibatkan diri dengan kempen Bebaskan Anwar 901, yang dianggap sebagai permainan politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, rakyat Sarawak perlu mengelakkan diri terbabit dalam permainan Anwar itu yang terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Elakkan terlibat dengan keadaan kacau-bilau, yang digemari oleh pembangkang untuk menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

“Ini kerana yang rugi nanti bukannya Anwar Ibrahim tetapi kita serta negara malahan keadaan aman harmoni juga akan tercalar,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Dr Rundi yang juga Setia-usaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan demonstrasi Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini di ibu negara.

Dr Rundi menegaskan bahawa negara mempunyai undang-undang untuk melindungi rakyat tanpa mengira sama ada mereka penyokong kerajaan atau tidak.

“Kita harus menghormati undang-undang ini yang telah diluluskan oleh semua wakil rakyat termasuk pembangkang dan mahkamah akan menentukan seseorang itu bersalah atau tidak.

“Bukannya melalui tunjuk perasaan atau membantah secara membuta tuli,” kata beliau.

05 January 2012

Malaysia’s Anwar says opposition has backup plan if he’s jailed

MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim said his People’s Alliance coalition has a contingency plan in place in the event he is found guilty of sodomy charges and imprisoned ahead of upcoming elections, Bloomberg reports.

“We have prepared the groundwork for a manifesto for Pakatan Rakyat and we are now in the final stages,” Anwar said in an interview today, using the Malay name for the opposition coalition. We have decided “on the leadership during elections or post-elections in the event I’m imprisoned.”

The country’s High Court is scheduled to announce the verdict on January 9, with Anwar facing up to 20 years in prison if convicted of sodomizing a former aide. Prime Minister Najib Razak said Dec 3 that preparations had begun for elections that he must call by June 2013.

An Anwar conviction may rob the ideologically disparate opposition of the one figure who has kept it united. The coalition is aiming to build on advances it made in 2008 elections when it held the ruling group to its narrowest victory since independence in 1957.

“There may be an immediate swing towards him and his party” if Anwar is convicted, said Ibrahim Suffian, a political analyst at Kuala Lumpur-based Merdeka Centre for Opinion Research.

“If Najib takes some months before calling an election, this opens up room for weaknesses in the opposition coalition to surface and any differences in opinion to be exploited.”

The People’s Alliance led by Anwar is comprised of his People’s Justice Party, the Pan-Malaysian Islamic Party and the Democratic Action Party. Some Pan-Malaysian members espouse the implementation of Islamic law, while the Democratic Action Party’s secretary-general is Penang Chief Minister Lim Guan Eng, Malaysia’s only ethnic-Chinese state leader.

Sources: Borneo Post Online

19 November 2011

Orang Ulu Malaysia, Indonesia tetap bersatu

KUCHING: Dialog Warisan Serumpun Orang Ulu Sarawak (Malaysia) dan Kalimantan Timur (Indonesia) merupakan landasan memperkukuh hubungan etnik terbabit di kedua-dua negara.

Ketua Delegasi merangkap Bupati Malinau Kalimantan Timur Dr Yansen Tipa Padan berkata perjumpaan masyarakat Orang Ulu dalam dialog terbabit telah mem-buka lembaran baru bagi memper-kukuh hubungan mereka.

“Kami adalah serumpun tetapi dipisahkan dengan persempadanan negara berjiran, Malaysia dan Indonesia.

“Namun, saya percaya perjumpaan ini (dialog) mampu memperkukuh hubungan kami dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian dialog terbabit di sini semalam.

Menurut Dr Yansen, sememangnya banyak persamaan di antara etnik terbabit meskipun mereka tinggal di negara yang berbeza.

Katanya, budaya masyarakat minoriti itu adalah sama kerana mereka mempunyai hubungan silaturahim yang begitu akrab.

“Saya percaya dengan perjumpaan itu maka kami terus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara tanpa batasan,” katanya sambil mengharapkan kerajaan negeri ini membuka laluan untuk kemasukan etnik terbabit ke sini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Angeline Umih Tujok yang mewakili Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo, Pemanca Tomy Kulleh, Pengarah Imigresen Sarawak Datu Robert Lian dan Presiden Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sarawak Datuk Abu Bakar Abdullah.

Dr Yansen menarik perhatian hubungan persempadanan menjadi masalah utama etnik kedua-dua negara itu.

Ini kerana katanya, kebanyakan etnik terbabit tinggal di persempadanan kedua-dua negara yang semestinya memerlukan pas imigresen untuk memudahkan mereka ber-urusan dalam pelbagai bi-dang.

“Saya percaya dengan penyelesaian masalah imigresen maka kami etnik serumpun kedua-dua negara dapat mempertingkatkan hubungan dalam ekonomi, sosial dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar berkata dialog terbabit melibatkan penyertaan ketua-ketua masyarakat dari daerah Belaga dan Long Nawang, Kecamatan Kayan Ulu Kalimantan Timur.

Katanya, seramai 40 delegasi dari Kalimantan Timur dan lebih 20 pemimpin masyarakat Orang Ulu di negeri ini menghadiri dialog yang julung kali diadakan itu.

“Kita amat berbangga dengan kehadiran delegasi Orang Ulu dari Kalimantan Timur dan juga dari Belaga yang bersama-sama berbincang dalam menangani isu persempadanan,” katanya.

Sehubungan itu, delegasi kedua-dua negara terbabit diraikan pada majlis malam mesra sempena dialog itu di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin (Isnin).

Banker’s daughter kidnapped

KUCHING: Shira Anisha, the 19-year-old daughter of banker Gelmy Gelau, has been kidnapped, confirmed George Lagong (Independent-Pelagus) and political secretary to the chief minister Wilson Nyabong yesterday.

Met by reporters at the State Legislative Assembly, George said he got the shocking news from an aide in Kuala Lumpur, but he had yet to get the whole story from Gelmy, who is based in Kuala Lumpur.

It is understood that Shira was kidnapped three days ago, outside her apartment in Ampang.

“I need to confirm the news and wherever possible to assist in the case,” George said.

Meanwhile, Wilson, who like Gelmy is also from Kapit, said he received the news from Gelmy’s family as they were close to him.

“The motive for the kidnap has yet to be known; but it could be none other than asking for some ransom,” said Wilson, who is also PRS information chief.

He added that the family had already lodged a police report.

“There is not much that we can do from here, except pray for the family’s safety,” said Wilson.

Bakar mercun kerana marahkan banjir

BANGKOK - Polis menyatakan sekumpulan penduduk yang berang telah bertindak dengan membuat satu letupan kuat berhampiran sebuah terusan banjir di sempadan bandar raya ini.

Ia dilakukan untuk meluahkan kekecewaan berhubung penderitaan berterusan yang mereka alami akibat banjir.

Letupan yang mencetuskan bunyi kuat tetapi tidak menyebabkan kecederaan itu berlaku malam kelmarin di sebuah penghadang yang memisahkan bandar raya ini dengan wilayah Pathum Thani.

Seorang pegawai polis, Kolonel Harn Lertthaweesap berkata, polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan penduduk Pathum Thani yang kecewa kerana komuniti mereka ditenggelami air bah disebabkan terusan tersebut.

Terusan itu dibina untuk melindungi kota metropolitan ini daripada bencana banjir.

Harn memberitahu, letupan itu berpunca daripada pembakaran mercun dan bukan bahan letupan.

Banjir akibat hujan lebat sejak hujung Julai lalu menenggelami 19 daripada 77 wilayah termasuk ibu kota Thailand di sini.

Sekurang-kurangnya 594 orang terkorban dalam bencana tersebut. - Agensi


Sumber: Kosmo

09 October 2011

Exploitation of timber workers must stop — Chong

KUCHING: Bandar Kuching MP Chong Chieng Jen has urged the Ministry of Human Resources to immediately stop the exploitation of timber workers in rural areas in the state.

This call was made when debating the Employment Act (Amendment) Bill, 2011 during the Dewan Rakyat sitting on Thursday.

The Bandar Kuching MP said the government should cancel the exemptions given to the timber industry in Sarawak on the application of certain provisions under the State Labour Ordinance.

He pointed out that the Labour Ordinance of Sarawak (Amendment) Act, 2004 incorporated almost all the provisions of the Employment Act and should give protection to Sarawak employees against exploitation by their employers.

In a media statement here yesterday, Chong said the protections under the Ordinance included rights to guaranteed week, public holidays, rest after four hours of work, shift work, rest day and annual leave.

“The provisions of all the above fundamental rights of workers throughout Malaysia were exempted and excluded for workers in the timber industry in the non-urban areas of Sarawak,” he charged.

As a result, he said workers in the timber industry in the non-urban areas of Sarawak “are exploited by their employers.”

“These workers have no annual leave, no rest day, no rest hours, no public holidays, no guaranteed week of employment,” claimed Chong who is also Kota Sentosa assemblyman.

Chong further charged that the ministry gave the exemptions on the advice of Sarawak Timber Association (STA), adding: “The timber companies benefit from the exemptions at the expense of their workers.”

The reason given was that the timber industry in Sarawak “is peculiar in that work cannot be carried out during rainy days and can only be carried out when there is no rain,” he quoted.

“In other words, these timber companies will not be paying their workers on rainy days. This defeats the whole purpose of the Labour Ordinance which compels all employers to provide guaranteed weeks of employment to their workers so that they can maintain a decent living,” he said.

He added: “Most of these workers are the Dayaks and from the poorer sector of the population.”

The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) Sarawak branch had made many appeals to the ministry to cancel the exemptions but such appeals had fallen onto deaf ears, said Chong.

However, he said the MP for Kapit Alexander Nanta Linggi stood and supported his contention during the sitting.

Source: BorneoPost

Pekerja swasta kurang dibela

Belanjawan 2012 kurang beri perhatian terhadap keperluan pekerja swasta

KUCHING: Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat kurang memberi perhatian terhadap keperluan pekerja dalam sektor swasta.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Andrew Lo ketika dihubungi semalam meluahkan rasa kecewa terhadap inti pati Belanjawan 2012 kerana tidak memenuhi harapan MTUC.

“Saya agak kecewa dengan Belanjawan 2012 kerana tidak memberi perhatian kepada kos hidup sektor swasta seperti yang diharapkan.

“Ini adalah satu daripada aspek yang cuba diperjuangkan oleh MTUC untuk Belanjawan 2012, namun ia tidak seperti yang kami jangkakan.

“Bagaimanapun saya menyambut baik pemberian bonus dan lain-lain faedah yang diberikan kepada kakitangan awam serta golongan pesara,” katanya.

Andrew turut menyambut baik langkah melanjutkan usia persaraan kakitangan awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Selain itu MTUC turut berpuas hati dengan pemberian subsidi sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 serta lain-lain faedah yang akan diterima daripada Bajet 2011.

Andrew ketika dihubungi turut menyokong saranan Perdana Menteri agar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus.

“Ini adalah satu perkara yang baik dan MTUC menyokong penuh kenaikan caruman KWSP oleh majikan untuk daripada 12 peratus kepada 13 peratus,” katanya.

Susulan itu, beliau mengingatkan kakitangan awam termasuk swasta supaya meningkatkan tahap kecekapan masingmasing dalam menjalankan tugas untuk kemajuan negara.

Source: BorneoPost

Followers