Showing posts with label PRS. Show all posts
Showing posts with label PRS. Show all posts

28 January 2011

Nasib Sng terserah kepada pemimpin BN

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Larry Sng sekali lagi memberitahu bahawa beliau menyerahkan sepenuhnya masa depan politiknya kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri dan rakyat, khasnya di konstituensi itu.

“Sudah tentu saya dari pelagus, hati saya sentiasa di Pelagus kerana keluarga saya berasal dari situ, dari mana saya datang, jadi setakat ini komitmen kepada rakyat (di sana) kekal seperti sebelum ini.


“Saya serahkan kepada rakyat tentukan masa depan politik saya dan bagi saya jiwa saya sentiasa mahu berkhidmat untuk mereka (rakyat), itulah komitmen saya sejak berkecimpung dalam dunia politik pada 2001 dan ia kekal hingga kini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Sng yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Latihan Belia  mempengerusikan sidang media berhubung Perhimpunan Belia 2011 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Followers