MARUDI: Penduduk Kampung Long Ikang dalam kawasan Baram Tengah di sini berjanji akan memberi sokongan 100 peratus kepada Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan selaku calon Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang dijangka diadakan tahun ini.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Long Ikang Marcus Laing, 65, yang mewakili penduduk bagi menyatakan sokongan berkenaan, berkata hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memberi dan menyalurkan pembangunan terutama kepada penduduk di luar bandar.
“Selain pembangunan infrastraktur, kerajaan juga kini mulai menyalurkan bantuan berjumlah RM100 kepada para pelajar,” katanya.
“Sebaliknya pihak pembangkang tidak berbuat begini. Mereka (pembangkang) hanya pandai bercakap dan membohongi penduduk kampung sambil sentiasa menyalahkan kerajaan dengan mengatakan semua yang tidak betul dilakukan oleh kerajaan,” tambah Laing lagi.
Bercakap kepada Utusan Borneo di sini beliau berkata, tidak semua penduduk menerima dakyah pembangkang sebaliknya ada juga yang me- radang terutama kepada penduduk kampung yang tinggal di bandar dan hanya pulang ke kampung untuk mempenga-ruhi penduduk sambil menyebelah pembangkang.
“Mereka ini hanya datang pada musim pilihan raya tetapi balik sesudah pilihan raya.
“Secara peribadi saya pun memang menyokong penuh Datuk Jacob dan Barisan Nasional. Tambahan pula beliau (Jacob) ialah naib presiden kanan SPDP Negeri.
“Saya mahu penduduk Long Ikang sama-sama berjalan dalam satu perahu iaitu dalam ‘perahu’ BN dan kepada penduduk yang menetap di bandar serta pulang sekali-sekala ke kampung, saya ingatkan jangan hanya datang pada masa pilihan raya sambil mengacau keamanan dan keharmonian kampung yang sudah lama wujud,” katanya.
Sebaliknya menurut Laing, golongan itu sepatutnya membantu penduduk kampung menyokong calon BN demi pembangunan di kawasan kampung mereka.
Dalam pada itu, Laing yang juga bekas pegawai pertanian turut merayu kepada penduduk Long Ikang agar jangan sama sekali membuat kacau-bilau di kampung mereka.
Sementara itu, pada PRU yang lalu, Long Ikang memberikan Sagan purata 96 peratus kemenangan tetapi kali ini penduduk katanya akan berusaha memastikan sokongan 100 peratus untuk Sagan kelak.
Sumber: Borneo Post Online
Showing posts with label Marudi. Show all posts

06 January 2012
28 October 2010
Wanita di luar bandar perlu berani rebut peluang
MARUDI: Menteri Muda Bekalan Air merangkap Menteri Muda Kemajuan Tanah, Sylvester Entri meminta golongan wanita di kawasan luar bandar daerah ini supaya menyiapkan diri mereka dengan pengetahuan dan merebut peluang-peluang ekonomi.
Katanya, kerajaan melalui pelbagai agensinya seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES), GiatMARA dan sebagainya yang me-nyediakan banyak peluang yang boleh diceburi untuk membantu golongan wanita meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rumah tangga mereka.
Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata wanita-wanita di luar bandar harus melihat dan mengambil peluang ini untuk membangun dan memajukan diri sendiri.
“Peluang-peluang ini jika tidak dimanfaatkan akan direbut oleh orang lain dan akhirnya siapa yang rugi? Jika kita tidak pantas merebut peluang untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan diri, nantinya kita hanya akan melihat orang lain sahaja meraih kejayaan dan kekayaan dan kita masih di takuk lama,” katanya.
Entri berkata demikian semasa berucap di majlis penangguhan Program 1 Malaysia Bersama Pemimpin di Rumah Embam di Sungai Sebubu, Tinjar dekat sini.
Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Sarawak (JASA) bahagian Marudi.
Dalam perkembangan yang sama, Entri turut menyeru masyarakat setempat supaya melihat potensi pembangunan tanah Hak Adat (NCR) di kawasan mereka.
“Penduduk digalak mengambil peluang daripada pelbagai projek pembangunan untuk tanah NCR yang sedang berlaku di kawasan anda terutama projek penanaman secara komersil yang boleh memberi keuntungan yang lumayan,” katanya.
Tambahnya jika mereka bijak mengambil peluang pembangunan, maka lebih banyak kemajuan infrastruktur akan dibawa masuk ke kawasan mereka kelak.
Justeru beliau mengingatkan penduduk supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional bagi membolehkan perancangan dan projek pembangunan yang dirancang untuk mereka dapat diteruskan dan dilaksanakan.
“Ini termasuklah projek-projek pembangunan prasarana seperti bekalan air, jalan raya, balai raya dan sebagainya,” tambahnya.
Di majlis yang sama Entri turut mengumumkan geran projek pembangunan kecil luar bandar (MRP) daripada kerajaan negeri berjumlah RM10,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Embam, serta menyerahkan bantuan kebajikan untuk 21 orang penerima di rumah panjang tersebut.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri, Robert Laing Anyie, Pegawai Daerah Baram, Joseph Belayong, ketua kaum rumah panjang berkenaan Tuai Rumah Embam Siam serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.
sumber: theborneopost

Labels:
Marudi,
Miri Sarawak,
Wanita Luar Bandar
Subscribe to:
Posts (Atom)