SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.
Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.
Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.
Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.
Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi
Sumber : Kosmo
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
16 May 2011
18 July 2010
Dua lagi kanak-kanak diselamat, dua lagi suspek sindiket ditahan
KUCHING: Hasil siasatan lanjut ke atas beberapa suspek kes penjualan bayi, polis semalam berjaya menemui dua lagi kanak-kanak, ma-sing-masing berusia tiga dan empat tahun yang cuba di-perdagangkan dalam sin- diket tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri SAC II Huzir Muhamed ketika dihubungi semalam menyata-kan, tangkapan dibuat kira-kira jam 5.30 petang kelmarin di sebuah rumah di sekitar kawasan Batu Kawa dan telah menahan dua orang warga Indonesia berusia 19 dan 23 tahun.
Salah seorang daripada suspek mempunyai pas lawatan sosial manakala seorang lagi tidak mempunyai pas tersebut.
Kedua-dua warga Indo-nesia tersebut dipercayai penjaga kepada dua kanak-kanak itu yang tidak mempunyai dokumen yang sah.
Mereka kini ditahan di Balai Polis Sentral bagi membantu siasatan kes tersebut.
Kini jumlah kesemua suspek yang ditahan reman bagi siasatan kes itu ialah seramai 14 orang dengan dua daripadanya bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datin’.
Sumber: BorneoPost Online

Subscribe to:
Posts (Atom)